Harian Metro

Sasar jualan 320 unit model BMW di cawangan Puchong Skuad Unifi jelajah negara

- Alzahrin Alias zahrin@bh.com.my

Ingress Auto Puchong (Ingress Auto), pengedar kenderaan BMW milik Bumiputera untuk pasaran tempatan menyasarka­n jualan 320 unit tahun ini sempena pelancaran model terbaru BMW 530e Sport di pasaran.

Ketua Jualan Ingress Auto Puchong Zaidi Hazral

Abdul Hadi berkata, tahun lalu, cawangan itu mencatatka­n jualan 311 unit dengan 128 unit diperoleh menerusi model hibrid BMW 330e (58 unit) dan X5 Hybrid (70 unit).

Selain Puchong, Ingress Auto juga memiliki ruang pameran dan jualan di Damansara yang mencatatka­n jualan 1,194 unit pelbagai model BMW tahun lalu.

“Model hibrid mendapat sambutan memberangs­angkan kerana teknologi yang menawarkan penjimatan bahan api dan prestasi dengan pilihan pemanduan janaan petrol atau elektrik,” katanya sempena prebiu model terbaru BMW 530 e Sport di sini.

Ditawarkan dengan lima pilihan warna BMW 530e hanya ditawarkan dengan varian tunggal berharga RM343,800 atas jalan tanpa insurans dengan lima tahun waranti tanpa had perbatuan.

Telekom Malaysia Bhd (TM) menyasarka­n tambahan 500,000 pengguna bagi perkhidmat­an pada tahun ini dengan memperkena­lkan kempen Skuad Sempurna Unifi ke lebih 100,000 lokasi di seluruh negara.

Naib Presiden Eksekutif Unifi Imri Mokhtar berkata, lebih 10,000 ahli skuad akan datang ke lokasi pengguna dan melengkapk­an proses pengaktifa­n perkhidmat­an itu.

“Kami mencatatka­n lebih sejuta langganan dari 2010 hingga Jun tahun lalu. Tahun ini kami komited terus menaikkan jumlah langganan kepada 1.5 juta.

“Skuad ini akan meluaskan lagi jangkauan kami ke kawasan yang mempunyai banyak Unifi sedia ada di seluruh negara.

“Ini sekali gus menjadipen­capaian penting kepada TM yang juga peneraju perkhidmat­an konvergens di negara ini,” katanya selepas majlis memperkena­lkan wajah baru Unifi di Kuala Lumpur, semalam.

Turut hadir Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan TM Datuk Seri Shazalli Ramly serta Pengarah Eksekutif dan Timbalan CEO Kumpulan TM Datuk Bazlan Osman.

Imri berkata, bagi perkhidmat­an Unifi WiFi, TM bakal menambah lokasi WiFi

 TM lancar kempen perkenal perkhidmat­an Unifi Home ke lebih 100,000 lokasi

awam kepada 100,000 lokasi baru berbanding 10,000 lokasi ketika ini.

Katanya, ia bakal menambah lebih sejuta pengguna WiFi Unifi sebelum penghujung tahun ini.

Selain itu,

(yang dulunya dikenali sebagai Webe) turut menawarkan produk terbarunya, #BEBAS yang membolehka­n pengguna menggunaka­n perkhidmat­an tanpa terikat dengan kontrak dan komitmen.

“Memecahkan norma mudah alih konvension­al dan sepenuhnya pada digital, membolehka­n pengguna menikmati sambungan tanpa gangguan pada bila-bila masa.

“#BEBAS bukanlah produk prabayar atau pascabayar, sebaliknya ia adalah hibrid yang memberi kebebasan kepada pelanggan memilih kemahuan dan keperluan penggunaan data Internet telefon tanpa kontrak dan komitmen,” katanya.

Sehubungan itu, sebanyak sejuta kad sim 20GB diberikan secara percuma dengan hanya perlu memuat turun aplikasi di AppStore atau PlayStore.

 ??  ?? IMRI memperkena­lkan wajah baru Unifi pada majlis Unifi KICK OFF, semalam.
IMRI memperkena­lkan wajah baru Unifi pada majlis Unifi KICK OFF, semalam.
 ??  ?? ZAIDI Hazral bersama model BMW 530e Sport.
ZAIDI Hazral bersama model BMW 530e Sport.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia