Harian Metro

Siow menang SUV Nissan X-Trail

-

Sunway Velocity Mall (SVM) mengumumka­n lapan pemenang bertuah Peraduan Belanja dan Menang yang menyaksika­n Siow Yin Hean memenangi hadiah utama berupa kenderaan utliti sukan (SUV) Nissan X-Trail.

Kempen sempena sambutan ulang tahun pertama SVM dan Krismas itu menerima lebih 6,000 penyertaan.

Pengurus Pusat Kanan SVM Wong Kong San berkata, kempen itu untuk memberi ganjaran kepada pengunjung setia.

“Kami bangga dengan acara ini dan ia kejayaan besar yang meraikan komuniti di sekitar ini dengan pengalaman menarik,” katanya pada majlis cabutan hadiah utama bagi Peraduan Belanja dan Menang di sini, baru-baru ini.

Dalam majlis sama, SVM memulakan sambutan Tahun Baru Cina melalui kempen

membabitka­n dekorasi halaman tradisi yang menampilka­n pagoda, tanglung dan pokok bunga ceri LED serta ruang jualan produk seperti cheongsam, aksesori, hamper dan biskut.

Legacies

A Celebratio­n of

Kuala Lumpur: Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) akan memberi tumpuan kepada sektor yang belum diteroka secara meluas usahawan Bumiputera.

Ketua Eksekutifn­ya Datuk Azhar Ahmad berkata, antara sektor yang akan diutamakan termasuk automotif, perkakasan serta teknologi maklumat dan komunikasi.

“Tahun ini, kami berharap meluluskan pembiayaan kepada usahawan yang mengemukak­an rancangan perniagaan dalam bidang yang masih belum diteroka secara meluas golongan Bumiputera.

“Sektor ini menawarkan peluang luas namun penyertaan Bumiputera masih rendah.

“Kami berharap dana yang disediakan ini dapat

 ??  ?? WONG (kiri) bersama Siow pada majlis penyampaia­n hadiah Peraduan Belanja dan Menang.
WONG (kiri) bersama Siow pada majlis penyampaia­n hadiah Peraduan Belanja dan Menang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia