Harian Metro

Wanita lacur suami

 Wanita ditangkap selepas iklan perkhidmat­an di Facebook

- Agensi

Lelaki yang menjual isteri mungkin biasa kita dengar tetapi lain pula ceritanya seorang wanita di sini yang ditangkap polis kerana menjual suaminya untuk tujuan seks di Facebook.

Jurucakap polis Surabaya, Rudi Setiawan berkata, kegiatan wanita itu terbongkar selepas pasangan itu ditangkap ketika menunggu pelanggan di sebuah hotel di sini pada Isnin lalu.

“Isterinya yang jual suami. Lelaki itu diperdaya dan wanita itu menawarkan suaminya untuk tujuan seks di Facebook.

“Wanita itu menawarkan suaminya dengan harga Rp500,000 (RM147) kepada mana-mana lelaki yang berminat.

“Lebih mengejutka­n lagi wanita itu kadangkala melayan pelanggan bersama suaminya,” katanya yang dipetik TribunJati­m.com.

Menurutnya, ketika disoal siasat, wanita berusia 20 tahun itu mengaku dia sudah menjual suaminya sebanyak tiga kali kepada lelaki lain.

“Wanita itu mengiklan suaminya di satu kumpulan di Facebook dengan menawarkan lelaki itu atau dirinya sekali.

“Ketika ditanya tujuannya, wanita berkenaan mengaku dia melakukan perkara itu kerana wang,” jelasnya.

Menurutnya, pihak polis mengesan pelanggan pasangan berkenaan dan individu lain dalam kumpulan di Facebook itu.

Tambahnya, wanita dan suaminya itu disiasat polis mengikut undang-undang antipelacu­ran dan berdepan hukuman penjara 15 tahun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia