Harian Metro

Bunuh, masak janda

- Daily Mail

 Sisa mayat wanita ditemui dalam periuk, peti sejuk bekas suami

Seorang wanita yang hilang lebih seminggu lalu dipercayai dibunuh bekas suaminya sebelum mayat dikerat dan dimasak.

Sisa

mayat

Magdalena Aguilar Romero, 28, ditemui di dalam beberapa periuk di atas dapur gas di Taxco, Guerrero, Mexico selatan.

Polis mengesyaki bekas suaminya César López Arciniega sebagai suspek utama.

Sisa mayat ibu beranak dua itu turut ditemui dalam beg plastik yang disimpan dalam peti sejuk di kediaman bekas suaminya.

Jurucakap polis negeri Roberto Alvarez berkata: “Kami mengesyaki sisa mayatnya dimasak.”

Magdalena kali terakhir dilihat hidup pada 13 Januari lalu ketika meninggalk­an rumahnya di Taxco untuk mengambil anak-anaknya di kediaman suspek.

Polis kini memburu Arciniega yang dipercayai lari selepas mengetahui dia dinamakan sebagai suspek. Motif kejadian tidak diketahui.

Laporan dikeluarka­n kerajaan Mexico dan agensi wanita Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, bulan lalu, menunjukka­n pembunuhan wanita naik mendadak sejak sedekad lalu. Brisbane: Seorang wanita didakwa atas tuduhan bunuh, penyeksaan dan menipu selepas meracun mati dua anaknya yang kurang upaya sebelum mendapat pampasan insurans bernilai setengah juta dolar.

Maree Mavis Crabtree, 51, ditahan semalam berhubung kematian anak perempuann­ya Erin, 18, serta anak lelaki Jonathan, 26, yang pada mulanya disangka membunuh diri.

Tertuduh yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret Brisbane semalam tidak diberi jaminan dan kesnya akan disebut semula pada 12 Februari depan.

Nine News melaporkan, Maree memberi racun kepada anaknya untuk tempoh yang lama. Mayat Jonathan ditemui Julai tahun

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia