Harian Metro

‘Sokonglah mereka’

 Rod saran MHC beri peluang jurulatih muda bimbing Malaysian Tigers

- Saiful Affendy Sapran dan Naqib Nor Said sukan@hmetro.com.my

Konfederas­i Hoki Malaysia (MHC) perlu memberi lebih banyak peluang kepada jurulatih muda membimbing skuad negara.

Bekas penyerang negara, Rodhanizam Mat Radzi berkata, jurulatih muda perlu mendapat bimbingan serta pendedahan yang komprehens­if kerana mereka akan menjadi aset negara pada masa depan.

Justeru, Rodhanizam atau lebih mesra disapa Rod kurang bersetuju dengan keputusan terbaru badan induk itu tidak menyambung kontrak Iman Gobinathan, seorang jurulatih muda yang baru berusia 40 tahun.

“Saya tidak tahu apakah alasan sebenar MHC tidak menyambung kontrak Gobi. Tapi persoalann­ya kenapa MHC tidak memberi sokongan kepada jurulatih muda ini.

“Gobi baru berusia 40 tahun dan masih muda. Orang muda seperti beliaulah yang sebenarnya perlu digilap MHC,” katanya.

Jelas Rodhanizam, sudah tiba masanya MHC lebih banyak memberi peluang kepada jurulatih muda.

“Kalau tak harapkan jurulatih muda ini nak harapkan siapa lagi? Memang jurulatih lama juga diperlukan tapi perlu juga harus seimbang memberi peluang kepada jurulatih baru. “Sebab itu saya sokong bila (Muhamad) Amin Rahim dilantik selaku penolong jurulatih skuad kebangsaan,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi bekas pemain negara, Mohamad Abdul Hadi berkata, MHC pasti mempunyai sebab tersendiri mengapa tidak menyambung kontrak Gobi.

“Saya tidak fikir ia berkaitan masalah disiplin kerana jurulatih seperti Gobi amat komited dalam menjalanka­n tugasnya.

“Mungkin ada sebab lain seperti tiada persefaham­an antara pihak pengurusan dan jurulatih,” katanya.

Gobi mula dilantik sebagai jurulatih skuad pembanguna­n wanita pada awal 2016 sebelum diberi tanggungja­wab melatih skuad dalam dewan wanita negara pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) tahun lalu.

Gobi mengikut jejak langkah bekas penolong jurulatih skuad hoki lelaki, Lim Chiow Chuan dan M Nadarajah (jurulatih penjaga gol pembanguna­n negara) yang tidak disambung kontrak.

Gobi baru berusia 40 tahun dan masih muda. Orang muda seperti beliaulah yang sebenarnya perlu digilap MHC Rodhanizam Mat Radzi

 ??  ?? SKUAD hoki negara beraksi menentang Myanmar di KL2017.
SKUAD hoki negara beraksi menentang Myanmar di KL2017.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia