Harian Metro

Waspada ancaman Australia, New Zealand di Sukan Komanwel

- Jumiati Rosly jumiati@bh.com.my

Klang: Pemain boling padang negara perlu berwaspada dengan tentangan pemain tuan rumah Australia dan New Zealand dalam misi memburu pingat pada Sukan Komanwel Gold Coast dari 4-15 April depan.

Pemain boling padang senior negara, Fairul Izwan Abdul Muin berkata, kehebatan Australia tidak dapat disangkal apatah lagi bermain di tempat sendiri, tidak ketinggala­n cabaran pemain New Zealand.

“Dalam sukan boling padang semuanya adalah mengenai prestasi semasa iaitu pada hari pertanding­an di mana perlawanan berlangsun­g. Seperti mana ketua kontinjen (Huang Ying How) berkata, kami perlu bersedia dengan persiapan mental, jadi setiap hari kami akan cuba menyiapkan diri untuk sentiasa dalam keadaan bersedia,” katanya semalam.

Fairul Izwan, 36, yang lebih dikenali dengan panggilan Boy berkata, dia juga mengharapk­an terpilih pada temasya di Gold Coast kali ini bagi mencatat keputusan pingat ketiga pada penyertaan kali ketiga di Sukan Komanwel.

“Memang hasrat saya (untuk memenangi emas) kerana kalau dilihat sebelum ini di India (New Delhi pada 2010), saya peroleh gangsa dan seterusnya perak (di Glasgow pada 2014) dan saya rasa kalau diberi peluang kali ini saya akan cuba lakukan yang terbaik terutama untuk mendapatka­n pingat emas.

“Sekiranya terbukti (dapat emas), ia adalah satu pencapaian yang paling manis buat saya,” katanya.

Fairul berkata, biarpun kebanyakan pemain negara sudah biasa dengan keadaan venue di Gold Coast, namun mereka perlu berhati-hati dan segera membiasaka­n diri dengan keadaan angin yang kuat di pesisiran pantai dan juga kepantasan padang di sana.

“Tidak seperti di Malaysia, kita tidak menggunaka­n padang sebenar dan kurang dari segi kepantasan. Angin di sana juga lebih kencang kerana venue perlawanan begitu hampir dengan pantai dan ini pastinya memberi kesan terhadap permainan nanti,” katanya.

 ??  ?? FAIRUL (kiri) bersama Muhammad Hizlee Abdul Rais.
FAIRUL (kiri) bersama Muhammad Hizlee Abdul Rais.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia