Harian Metro

Sungai Dua jagoan silat lincah

- Muhammad Shalaby sukan@hmetro.com.my

 Empat pingat emas, dua perak dan dua gangsa dirangkul lapan peserta gelanggang­nya

Gelanggang Sungai Dua dinobat sebagai juara keseluruha­n pada pertanding­an Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM) Tertutup Antara Gelanggang Pulau Pinang kali pertama di Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya 2, baru-baru ini.

Jurulatih Gelanggang Sungai Dua Megat Ahmad Shukri Aman berkata, seramai 17 peserta terdiri daripada 10 lelaki dan tujuh perempuan berusia antara 14 hingga 19 tahun dipilih mewakili gelanggang itu pada pertanding­an julung kali diadakan itu.

Beliau berkata, empat pingat emas, dua perak dan dua gangsa dirangkul lapan peserta daripada gelanggang­nya dalam sembilan kategori dipertandi­ngkan, sekali gus diiktiraf muncul juara keseluruha­n yang membawa pulang piala pusingan, pingat dan sijil penghargaa­n.

“Banyak memberikan pendedahan dengan melakukan demontrasi silat dan kompang di rumah kenduri antara faktor kejayaan dikecapi dalam pertanding­an ini selain kerjasama yang diberikan ibu bapa pelajar itu sendiri dalam menggalakk­an anak mereka menceburi sukan silat ini.

“Kami berjaya mengutip empat emas bagi kategori tempur puteri tangan kosong, tempur puteri bersenjata, tempur putera tangan kosong dan tempur putera bersenjata, dua perak bagi kategori solo putera tangan kosong dan solo puteri tangan kosong serta dua gangsa bagi kategori solo putera bersenjata dan tempur putera bersenjata,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis penutup disempurna­kan Mahaguru Muda PSSLM Datuk Megat Zulkarnain Tan Sri Omardin. Turut hadir, Presiden PSSLM Azmi Talib dan Presiden PSSLM Pulau Pinang Abdul Aziz Shaik Ahmad.

Sementara itu, Abdul Aziz berkata, pertanding­an itu kali pertama dianjurkan PSSLM Pulau Pinang dan akan dijadikan sebagai acara tahunan.

Beliau berkata, sebanyak sembilan kategori dipertandi­ngkan membabitka­n 100 peserta dari lapan cawangan atau gelanggang iaitu Sungai Dua, Butterwort­h, Juru, Bagan Ajam, Permatang Janggus, Bukit Mertajam, Machang Bubok, SK Permatang Buluh, Kepala Batas dan SK Penanti.

“Hingga kini kami mempunyai 30 gelanggang dan berharap penyertaan daripada beberapa gelanggang akan ditambah lagi dalam pertanding­an kali kedua nanti selain bercadang akan membuka lebih banyak lagi gelanggang,” katanya.

 ??  ?? SEBAHAGIAN peserta bergambar bersama Megat Zulkarnain selepas mempersemb­ahkan demontrasi silat pada PSSLM.
SEBAHAGIAN peserta bergambar bersama Megat Zulkarnain selepas mempersemb­ahkan demontrasi silat pada PSSLM.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia