Harian Metro

IPD Kulim, KCSC sama hebat

- Azahar Hashim sukan@hmetro.com.my

Kulim: Sama hebat. Itu gambaran perlawanan bola sepak persahabat­an antara Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim dengan Komuniti Syarikat Keselamata­n Kulim (KCSC) Hi-Tech di padang Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah Kulim, baru-baru ini.

Sebaik perlawanan bermula penyokong kedua-dua terpegun melihat aksi bertenaga kedua-dua pasukan apabila terikat 2-2 di babak pertama.

Aksi separuh masa kedua juga menarik dan mantap apabila kedua-dua pasukan menambah jaringan dan kekal 3-3 hingga tamat perlawanan.

Perlawanan persahabat­an itu dianjurkan bagi mengeratka­n hubungan antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan masyarakat dan turut disertai oleh Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim, Deputi Superinten­dan Safuan Md Noor yang bermain di posisi tengah.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superinten­dan Ahmad Nasir Jaafar berkata, pihaknya yakin pendekatan sukan mampu mengukuhka­n hubungan mesra polis dengan masyarakat sekali gus dapat bertukar maklumat mengenai jenayah dan penagihan dadah terutama di kawasan Hi-Tech.

“Secara tidak langsung melalui acara sukan dan santai sebegini, kami dapat bertukar maklumat dengan masyarakat setempat di sini mengenai kegiatan jenayah yang berlaku di kawasan mereka.

“Program sebegini akan diadakan secara berterusan yang membabitka­n komuniti di seluruh daerah ini.”

Hadir sama, wakil pengurusan Persatuan Pengusaha Syarikat Perindustr­ian Kulim (KITA), Gary Tan, Mohamad Khalid Osman dan pegawai kanan IPD Kulim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia