Harian Metro

CITY ‘BERPELUH’ BURU TIKET FINAL

- AFP

 Bristol saji tentangan sengit sebelum tumbang di gelanggang sendiri

Bristol, England

Pep Guardiola menyaksika­n pasukannya Manchester City terpaksa bekerja keras sebelum menewaskan kelab divisyen dua Bristol City pada separuh akhir kedua Piala Liga yang menghiburk­an awal pagi semalam untuk meletakkan beliau selangkah lagi sebelum menjulang gelaran pertamanya dalam kancah bola sepak Inggeris.

Skuad Guardiola yang juga pendahulu Liga Perdana Inggeris turut memburu empat gelaran dengan mereka terbabit dalam Piala FA dan Liga Juara-Juara apabila menang 3-2 untuk kelebihan agregat 5-3 ke atas pasukan Liga Kejuaraan itu.

Mereka bemula dengan kelebihan tipis di Ashton Gate selepas menang 2-1 pada aksi pertama di Stadium Etihad.

Namun, jaringan Leroy Sane dan Sergio Aguero memastikan City dalam laluan kejayaan awal pagi semalam dan kemenangan kedua-dua perlawanan itu memastikan mereka mara ke final buat kali pertama di bawah Guardiola, bekas pengendali Barcelona dan

Bayern

Munich.

Bristol

City bagaimanap­un enggan menyerah kalah apabila Marlon Pack bangkit meledak jaringan pada minit ke-64 sebelum Aden Flint menyumbat gol pada minit terakhir.

Bagaimanap­un, masih ada masa buat Kevin De Bruyne memastikan kemenangan mutlak milik City.

Anak buah Guardiola akan berdepan pemenang antara Arsenal dan Chelsea dalam satu lagi perlawanan separuh akhir dengan kedua-dua kelab Liga Perdana itu terikat tanpa jaringan pada aksi pertama.

“Kami gembira berada di sana, apabila mara ke final,” kata Guardiola, pada kempen sulungnya bersama City gagal menghadiah­kan sebarang

trofi iaitu kegagalan pertama sepanjang karier pengurusan­nya.

“Kami bermain dengan hebat hingga kedudukan 2-0 dan kemudian kami hilang kawalan, permainan seperti ini tidak akan berakhir hingga wisel penamat.

“Ini pelajaran berguna untuk hujung minggu ini di Cardiff dalam aksi Piala FA dan khususnya Liga Juara-Juara,” kata jurulatih kelahiran Sepanyol itu.

“Pada kedudukan 2-0, kami sedar keadaan pasti lebih mudah kerana mereka perlukan tiga atau empat gol tapi ketika perlawanan berbaki satu minit, kedudukan menjadi 2-2 dan apa saja boleh berlaku.”

Guardiola menolak kepentinga­n peribadi mara ke final di Wembley dengan berkata: “Ini bukan untuk saya, ini untuk Manchester City, sebuah kelab yang cuba mara ke peringkat seterusnya.”

 ??  ?? AGUERO (kiri) cuba melepasi halangan pemain Bristol. PEMAIN City meraikan jaringan Sane (tiga dari kiri).
AGUERO (kiri) cuba melepasi halangan pemain Bristol. PEMAIN City meraikan jaringan Sane (tiga dari kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia