Harian Metro

Wenger nafi kacau kantung Arsenal

-

London: Arsene Wenger menegaskan beliau tidak akan mengganggu kestabilan kewangan Arsenal dengan berbelanja mewah membeli pemain baru ketika jendela perpindaha­n pemain bulan ini.

Kelmarin, Alexis Sanchez meninggalk­an Emirates untuk ke Old Trafford dalam perjanjian pertukaran berprofil tinggi dengan pemain Manchester United, Henrikh Mkhitaryan yang berpindah ke Arsenal.

Wenger masih mengunci mulut mengenai peluang Arsenal mendapatka­n pemain Borussia Dortmund, Pierre-Emerick Aubameyang ketika perpindaha­n Januari berkata, Arsenal masih berdepan kekangan kewangan kerana berpindah ke Stadium Emirates pada 2006.

“Anda jangan lupa yang kami masih ada kekangan kewangan daripada bank kerana kami membina stadium itu,” kata Wenger apabila diberitahu Arsenal hanya sedikit berbelanja untuk mendapatka­n pemain berbanding kelab lain menurut senarai 10 kelab terkaya Deloitte.

“Kami bekerja keras untuk menjadi lebih kaya dan kami mencapainy­a,” kata pengendali dari Perancis itu yang mengemudi Arsenal sejak 1996.

“Jika anda tidak mampu, anda perlu berkata ‘tidak, maaf, saya tidak boleh lakukan’.

“Selepas itu, kami perlu menggunaka­n wang itu dengan cara paling bijak dalam pasaran perpindaha­n yang kini sedikit tidak terkawal.”

Pengurus veteran itu sudah lama percaya kelab sepatutnya tidak berbelanja “melebihi sumber asas mereka”. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia