Harian Metro

Mascherano pindah

- AFP

 Pertahanan Argentina diperkenal sebagai pemain berprofil tinggi sertai Hebei China Fortune

Pertahanan Argentina, Javier Mascherano diperkenal­kan sebagai pemain berprofil tinggi yang menyertai Liga Super China apabila menyertai Hebei China Fortune dari Barcelona.

Pemain berusia 33 tahun itu menjadi pemain paling ternama berpindah ke China selepas rakan senegarany­a Carlos Tevez berbuat demikian tahun lalu.

Selepas beberapa perpindaha­n yang dianggap memecah rekod, pihak berkuasa China bertindak menghalang kontrak seumpamany­a tahun lalu.

Dia akan menyarung jersi nombor 14 dan berganding­an dengan seorang lagi pemain Argentina Ezequiel Lavezzi di Hebei, berpangkal­an di bandar utara China, Qinhuangda­o yang dikendalik­an bekas jurulatih Manchester City, Manuel Pellegrini.

“Selepas mencapai persetujua­n dengan Barcelona dan pemain itu sendiri, kapten Argentina Mascherano menyertai Hebei China Fortune secara rasminya hari ini,” kata kelab China itu, tanpa mendedahka­n bayaran perpindaha­n.

Kelab gergasi Sepanyol, Barcelona mengumumka­n kelmarin bahawa Mascherano, yang boleh bermain sebagai pemain tengah bertahan, meninggalk­an kelab itu selepas tujuh setengah musim, tanpa menjelaska­n destinasin­ya.

Kelab gergasi Catalunya itu menyatakan Mascherano akan diberi sambutan perpisahan secara rasmi dan mengucapka­n selamat tinggal kepada peminat pada suku akhir kedua Piala Raja pencabar yang kuat itu.

“Pemain sangat berdisipli­n.. sesuatu yang menyedihka­n kami tidak dapat menggunaka­n kelebihan dalam permainan kami selepas ini.

“Gaya permainan seperti ini boleh membantu kami menjadi lebih konsisten dan membuatkan pemain sedar kami mempunyai pasukan berkualiti.”

Rakan sejawatann­ya di Marseille, Rudi Garcia berkata; “Kami mencapai objektif, kami sudah layak. Ia perlawanan kelima kami tidak melepaskan gol, saya harap ia jadi perlawanan keenam Ahad nanti (berdepan Monaco dalam Ligue 1).” AFP

 ??  ?? GERMAIN (tengah) meraikan kejayaan gol bersama rakan sepasukan.
GERMAIN (tengah) meraikan kejayaan gol bersama rakan sepasukan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia