Harian Metro

Transforma­si TRW

- Mohd Fitrie Muhamad mfitrie@bh.com.my

 Sathit miliki strategi ampuh lonjak semula prestasi Kelantan

Selepas melepasi badai kemelut pengurusan, masalah kelewatan pembayaran gaji serta tunggakan hutang musim lalu, kali ini Kelantan tampil dengan lebih yakin menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2018.

Bersandark­an barisan kepemimpin­an baru Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), diketuai presiden Bibi Ramjani Ilias Khan, persiapan kali ini berjaya meningkatk­an keyakinan pemain serta penyokong yang begitu dahagakan kejayaan seperti yang pernah dinikmati sebelum ini.

Barisan kejurulati­han juga bertukar wajah apabila Sathit Bensoh diberi tanggungja­wab memimpin pasukan. Namun bagi Sathit, jika semuanya berjalan lancar, beliau tidak mahu ada pemain yang bersikap seperti penumpang dalam pasukan.

Peringatan itu disuarakan terutamany­a kepada pemain muda kerana adunan skuad The Red Warriors musim ini adalah bersandark­an konsep gabungan pemain berpengala­man dan remaja.

Menyedari transforma­si yang berlaku, jurulatih dari Thailand itu perlu menggandak­an usaha untuk memastikan pasukan benar-benar bersedia menghadapi Liga M yang membuka tirai 3 Februari ini.

Dari aspek keserasian antara pemain, Sathit tidak terlalu terdesak kerana akur perkara itu akan hadir dengan sendirinya. Untuk itu, persiapan pasukan kini lebih menjurus kepada penerimaan pemain terhadap taktikal.

“Kami kena tingkatkan lagi tahap kombinasi pemain lama dan pemain baru. Kini (persiapan) kami lebih menjurus kepada aspek taktikal dan fizikal pemain.

“Kami perlu memastikan pasukan berada dalam keadaan lengkap dan selesa sebelum memulakan aksi sebenar,” katanya.

Pada masa sama, Sathit turut mengingatk­an pemain muda supaya kekal berfikiran positif untuk bersaing dengan pemain senior.

Mengulas mengenai kempen pramusim dan beberapa aksi persahabat­an, Sathit mengakui beliau masih belum berpuas hati dengan tahap kemampuan pasukan terutamany­a membabitka­n sentuhan penyudah.

Pada masa sama, Sathit mahu memberi ruang seluas-luasnya buat dua penyerang import, Ferdinand Sinaga dan Bruno Lopes untuk segera menyesuaik­an diri dengan persekitar­an serta pasukan baru.

“Kalau ikutkan, saya belum berpuas hati sepenuhnya. Kami masih ada kerja yang perlu dilakukan untuk meningkatk­an lagi prestasi keseluruha­n pasukan.

“Bruno dan Ferdinand baru saja menyertai pasukan bulan ini. Sudah pasti mereka perlukan masa untuk tingkatkan kombinasi dengan pemain lain termasuk menajamkan lagi sentuhan penyudah,” katanya.

 ??  ?? BRUNO (kanan) dan Dong Hyun senjata Kelantan robek gawang
musuh musim ini.
BRUNO (kanan) dan Dong Hyun senjata Kelantan robek gawang musuh musim ini.
 ??  ??
 ?? Ferdinand Sinaga
Daniel Ashraf Abdullah ?? Terima kasih kepada penyokong kerana mula mengenal nama saya. Saya akan mengembali­kan sanjungan mereka ini dengan cuba lakukan yang terbaik dalam setiap pertanding­an” Semuanya berjalan lancar, terima kasih kepada presiden kepada sanggup berkorban...
Ferdinand Sinaga Daniel Ashraf Abdullah Terima kasih kepada penyokong kerana mula mengenal nama saya. Saya akan mengembali­kan sanjungan mereka ini dengan cuba lakukan yang terbaik dalam setiap pertanding­an” Semuanya berjalan lancar, terima kasih kepada presiden kepada sanggup berkorban...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia