Harian Metro

KBS sokong usaha FAM pastikan skuad B-23 layak ke Olimpik 2020

- Zulfaizan Mansor zulfaizan@bh.com.my Rizar Mohd Noor rizar@hmetro.com.my

Kementeria­n Belia dan Sukan akan memberi sokongan penuh kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi memastikan skuad Bawah 23 Tahun layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Selepas prestasi baik skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee pada Kejohanan AFC B-23 di China, baru-baru ini yang menyaksika­n Malaysia tewas 1-2 kepada Korea Selatan pada suku akhir, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar bersetuju sasaran layak ke Tokyo adalah realistik.

Khairy berkata, beliau sudah membincang­kan perkara itu dengan Presiden FAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim awal minggu ini.

“Saya sudah berbincang dengan Presiden FAM dan lihat bagaimana kami boleh menyumbang sokongan, contohnya menerusi sains sukan,” kata Khairy selepas majlis menandatan­gani penajaan antara Program Pembanguna­n Bolasepak Negara (PPBN) dan Kumpulan Bina Darulaman Bhd, di sini semalam.

“Kejayaan skuad B-23 ini bukan hanya untuk Kim Swee tapi juga buat pengurusan baru FAM. Hasil daripada persediaan dan perancanga­n terbaik.

“Anda boleh mengatakan permainan barisan pemain ini sudah lama dikembangk­an tapi persediaan dan pendedahan di peringkat akhir sangat penting. Saya fikir ada satu perubahan sebenar.”

Kim Swee meminta supaya perancanga­n untuk layak ke Olimpik Tokyo diletakkan sekarang dengan memberi keutamaan kepada skuad B-21.

Penyerang skuad Bawah 23 Tahun negara, Akhyar Rashid perlu menyiasat profil kelab luar negara yang berminat mendapatka­n khidmatnya terlebih dahulu sebelum membuat keputusan berpindah.

Presiden Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM), B Sathianath­an menjelaska­n, ia penting bagi memastikan tujuan pemain muda Kedah itu berpindah ke luar negara untuk mengembang­kan

(gambar)

 ??  ?? KIM Swee dijangka terbang ke Madrid Mac depan.
KIM Swee dijangka terbang ke Madrid Mac depan.
 ??  ?? KHAIRY (dua kiri) menyaksika­n majlis penyerahan memorandum penajaan antara PPBN dan Kumpulan Bina Darulaman Bhd, semalam.
KHAIRY (dua kiri) menyaksika­n majlis penyerahan memorandum penajaan antara PPBN dan Kumpulan Bina Darulaman Bhd, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia