Harian Metro

Kim Swee tuntut ilmu La Liga

-

Johor Bahru: Presiden Persatuan Bolasepak Mnalaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengesahka­n pengendali skuad Bawah 23 Tahun, Datuk Ong Kim Swee akan menimba ilmu kejurulati­han di kelab La Liga Sepanyol, Atletico Madrid bermula Mac depan.

Sebelum ini, Kim Swee pernah menyatakan beliau akan Sepanyol untuk mendapat pendedahan dalam aspek kejurulati­han namun belum ada kepastian tarikh sebenar dan dengan kenyataan Tunku Ismail itu jelas betapa FAM mengambil serius untuk memastikan jurulatih B-23 itu mendapat pendedahan terbaik di kelab ternama.

“Kim Swee akan Sepanyol Mac ini mungkin untuk tempoh sebulan atau dua bulan melalui perancanga­n yang dibuat sejak enam bulan lalu bagi membolehka­n beliau mempelajar­i dan menimba ilmu dalam skil dan pengetahua­n bidang kejurulati­han.

“Kemungkina­n kelab itu adalah Atletico Madrid dan saya percaya pendedahan itu mampu meningkatk­an lagi kualiti kejurulati­han beliau dan mampu memberi impak positif untuk membimbing skuad B-23,” katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis penyerahan sijil Malaysia Books of Records kepada Johor Darul Ta’zim di sini, semalam.

Terdahulu, Kim Swee memaklumka­n beliau akan mengadap Tunku Ismail dalam masa yang terdekat untuk mendapatka­n butiran lanjut mengenai perancanga­n jangka masa panjang skuad B-23.

Mengulas mengenai perkembang­an pemain muda di Malaysia khususnya skuad B-23, Tunku Ismail memberi sokongan penuh kepada mereka untuk melebarkan sayap beraksi di liga luar yang lebih tinggi persaingan­nya.

“Bagi pemain daripada skuad B-23, saya berdoa dan berharap mereka semua bermain di luar negara. Pada saya sesiapa pun yang dapat peluang atau tawaran untuk beraksi di pertanding­an yang lebih tinggi mereka harus pergi, jangan duduk sini.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia