Harian Metro

Terima mesej lucah

- DARI MUKA 1

“Ada yang mahu bergambar dengan Aiman. Kalau Aiman tiada di rumah, ambil gambar kenangan bersama anggota keluarga lain pun jadilah,” katanya.

Bercerita lanjut mengenai gelagat peminat Aiman, penyanyi berusia 22 tahun itu berkata, adiknya nyaris dicium seorang lelaki ketika mengadakan persembaha­n di Kedah, baru-baru ini.

“Lelaki itu menghampir­i Aiman dan mengajak untuk mengambil gambar. Tibatiba dia cuba mencium pipi Aiman dan mujur bapa sempat halang,” katanya yang baru memperkena­lkan single kedua Terasa Cinta duet bersama Aiman.

Selain itu, Aiman,

20, turut mendedahka­n menerima mesej lucah daripada lelaki tidak dikenali di Instagram.

“Saya jarang baca mesej dalam Instagram dan hanya menyedari perkara itu, baru-baru ini. Lagi menghairan­kan, individu itu bukan menggunaka­n akaun palsu,” katanya.

Pun begitu, Aiman memberitah­u tidak terganggu, sebaliknya merasakanp­erbuatan individu terbabit melucukan.

“Entah apa tujuan individu itu menghantar mesej sedemikian, apatah lagi dia adalah lelaki.

Saya tidak membalas dan membiarkan saja,” katanya.

NAFI BELI PENONTON

Mengenai perkembang­an karier nyanyianny­a, penyanyi berusia 20 tahun itu dianugerah­kan sijil Malaysia Book of Records kerana menjadi artis pertama Malaysia memperoleh jumlah tontonan muzik video tertinggi di YouTube menerusi lagu Ku Rela Dibenci.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia