Harian Metro

Selesa tinggal bersama mentua

- Nor Akmar Samudin akmar@hmetro.com.my

Apabila sebut saja ibu mentua, pasti ada yang terasa ‘gerun’, apatah lagi jika terpaksa tinggal dengan keluarga mentua.

Ada yang rasa tak selesa apabila terpaksa tinggal bersama keluarga mentua.

Bagaimanap­un, bak kata pepatah tak kenal maka tak cinta’. Itulah pengalaman manis yang kini dilalui Marsha Milan Londoh,

33, yang tinggal bersama keluarga mentuanya selepas mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail, 37, dua tahun lalu.

Sebagai saudara baru, Marsha selesa tinggal bersama keluarga mentua yang menjadikan usahanya mengenali agama Islam lebih mudah kerana setiap hari ada yang membimbing­nya.

Memeluk Islam beberapa minggu sebelum mendirikan rumah tangga pada 31 Disember 2015, Marsha berkata, masih terlalu banyak perkara yang perlu dipelajari­nya.

Dia juga amat bersyukur kerana dapat mengerjaka­n umrah tahun lalu bersama suami dan keluarga mentua seramai 20 orang.

“Alhamdulil­ah, suami dan mentua banyak membimbing saya untuk menjadi seorang hamba Allah yang baik. Sebelum berangkat ke sana, saya belajar solat dan bacaan dalam solat dengan betul.

“Sekembali dari umrah, ramai peminat mahu saya bertudung, tetapi sebelum saya melakukan perubahan itu, saya mahu memperbetu­lkan diri saya dulu kerana jika mahu bertudung, ia mesti dilakukan dengan betul, ikhlas dan kekal bertudung,” katanya. saya tak faham apa mereka bualkan, tapi sekarang saya dah mahir.

“Selain itu saya juga belajar memasak dengan ibu mentua. Sebenarnya sangat seronok tinggal dengan mentua sebab ada ramai orang. Cuma biasalah apabila duduk di rumah orang, kenalah jaga kelakuan,” katanya.

Bercerita mengenai zuriat, Marsha dan Saiful sudah pun menjalani pemeriksaa­n kesihatan dan mereka berdua sihat.

“Jadi tunggu sajalah rezeki daripada Allah SWT. Doakan yang terbaik untuk kami berdua,” katanya.

Selepas menyertai program realiti Akademi Fantasia Megastar (AF Megastar) tahun lalu, perjalanan kerjayanya berjalan lancar.

Kini, Marsha bersama rakan seperjuang­an dalam AF, Velvet merancang menghasilk­an lagu rakyat dari Sabah.

“Sebagai anak Sabah yang merantau, pasti saya rindukan kampung halaman. Jadi, apabila saya merakamkan lagu itu, dapatlah saya mendekatka­n diri dengan orang kampung. Malah kalau diikutkan, bidang hiburan agak besar dan meluas di Sabah.

“Jadi, apa salahnya jika kami cuba sesuatu yang boleh memeriahka­n lagi pasaran muzik di sana,” katanya ketika ditemui di majlis pelantikan­nya sebagai duta barang kemas, De Lunaria, baru-baru ini.

Terdahulu, dalam sidang media berkenaan, wakil De Lunaria, Syed Hashim AlHabsshee berkata, Marsha dipilih sebagai duta produk berkenaan selepas pihak pengurusan mengambil kira beberapa faktor termasuk imejnya.

“Kami yakin Marsha yang berasal dari Sabah dapat membantu meluaskan pasaran barang kemas itu di sana khususnya untuk golongan berpendapa­tan sederhana dan rendah kerana ia dijual pada harga yang sangat berpatutan serta mampu milik,” katanya.

Alhamdulil­ah, suami dan mentua banyak membimbing saya untuk menjadi seorang hamba Allah yang baik. Sebelum berangkat ke sana, saya belajar solat dan bacaan dalam solat dengan betul

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia