Harian Metro

Suka kendali segmen malam

-

El sasar nama tercalon dalam Anugerah Bintang Popular BH menerusi kategori Penyampai Radio Popular

yang sado kerana saya sering ke gimnasium dan berkongsi aktiviti saya di laman sosial,” katanya.

Menurut pemilik nama sebenar

Muhammad Sofiuddin ini, dia akui segmen yang dikendalik­annya bersama Haziq bukan mudah kerana jika dilihat beberapa stesen radio lain mempertaru­hkan penyampai radio yang dikenali namanya dan pernah memenangi anugerah.

“Saya tidak melihat situasi itu sebagai satu tekanan, sebaliknya saya lebih optimis mencari jalan terbaik menarik lebih ramai pendengar.

“Bagi saya, kejayaan seseorang penyampai radio terletak pada jumlah pendengar bukannya populariti seseorang individu itu.

“Jujur saya katakan, saya tidak mengejar untuk terkenal kerana saya percaya populariti seseorang akan hadir tanpa dipaksa.

“Sebagai pendatang baru, saya perlu bekerja keras dan tidak mudah mengalah menjadi penyampai yang disegani satu hari nanti,” katanya

Ditanya mengenai sasaran El tahun ini, dia mengharapk­an namanya tercalon dalam senarai awal pencalonan di Anugerah Bintang Popular BH menerusi kategori Penyampai Radio Popular.

“Saya percaya manamana penyampai radio pasti mengingink­an namanya tercalon dalam setiap anugerah yang dipertandi­ngkan.

“Justeru, saya harap sebagai permulaan karier ini nama saya terpilih. Bukan apa, pencalonan ini sumber semangat untuk bergerak lebih maju dalam cabang kerjaya ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia