Harian Metro

Tip jimat data

-

menggunaka­nnya.

Jangan risau. Ikuti langkah di bawah untuk penjimatan kuota Internet yang maksimum.

1. Matikan kemas kini secara automatik (autoupdate) di Play Store.

Notifikasi kemas kini aplikasi pasti sering muncul di skrin peranti anda. Fungsi kemas kini ini sudah tentu menelan sejumlah besar data. Justeru, matikan fungsi ini agar dapat membantu anda menjimatka­n data Internet.

Buka Play Store, klik Settings, pilih Auto-update apps dan tekan butang Do not auto-update apps.

2. Kurangkan penggunaan aplikasi yang menggunaka­n background data.

Pergi ke Settings peranti anda dan klik pada Data Usage. Di sini, anda dapat melihat aplikasi yang ‘memakan’ data anda tanpa anda sedari. Hanya klik Restrict background data untuk mematikan fungsi terbabit.

3. Guna browser yang tidak menggunaka­n kuota yang banyak.

Setiap browser atau pelayar mempunyai ciri dan kelebihan tersendiri. Sebagai contoh, terdapat pelayar yang mampu menyekat iklan. Oleh itu, muat turun dan guna pelayar yang berkaitan seperti Opera.

4. Kurangkan menonton video secara dalam talian.

Tontonan video pastinya lebih menarik minat anda berbanding membaca teks yang disediakan. Namun, tontonan video berupaya menggunaka­n sehingga 95 peratus data berbanding hanya membaca teks. Hadkan diri anda daripada menonton video secara berlebihan. Muat turun atau tonton video yang bermanfaat sahaja.

5. Tukarkan rangkaian 4G kepada 2G.

Kebanyakan peranti sudah mempunyai sokongan rangkaian 4G. Bagi yang kurang pasti, sambungan ini turut menyumbang kepada peningkata­n penggunaan data. Justeru, tukarkan fungsi 4G kepada 2G apabila hanya menggunaka­n aplikasi sosial seperti WhatsApp.

Hanya klik pada Settings peranti pintar anda, seterusnya pilih More, kemudian Mobile network dan GSM only.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia