Harian Metro

JALAN-JALAN BUAT DUIT

- Shuhada Mansor gen.y.@hmetro.com.my

Empat cara boleh anda cuba untuk jana wang dengan melancong

Bagi anda yang mempunyai hobi suka melancong, ada beberapa cara boleh dicuba untuk menjana kembali wang yang sudah dibelanjak­an sepanjang pengembara­an.

Empat pilihan ini mungkin membantu menjadi idea asas sebelum dikembangk­an lagi mengikut kreativiti masingmasi­ng.

Sudah terbukti ramai yang berjaya mencipta nama dengan mengembara. Kewujudan platform yang kukuh dan nama semakin dikenali menjadi buruan syarikat berkaitan untuk menaja pengembara­an anda. Bukan itu saja, jika sudah kukuh, pasti pelbagai saluran wang lain ‘mengejar’ populariti anda. konsisten. Dari situ, akan ada pembaca setia dan wang dijana berdasarka­n jumlah pembaca mencecah jumlah tertentu. Modal paling minimum, cuma berbekalka­n akses Internet.

Sama seperti blog tadi, tapi ini dilebihkan kepada video. YouTube, Instagram dan Facebook antara yang masih ‘hit’ hingga ke hari ini.

Sunting video pengembara­an anda, pastikan ada jalan cerita menarik dan muat naik di seluruh saluran. Semakin banyak video anda dikongsi, semakin banyak wang yang masuk ke dalam poket.

YouTube antara yang menjadi pilihan. Dengan jumlah penonton mencecah angka tertentu, wang akan disalurkan terus ke akaun anda. Menarik bukan? Selamat mencuba!

Ketika anda melancong ke tempat yang menjual produk unik dan modal murah, jangan lupa untuk ambil kesempatan di atas peluang itu.

Jadi peniaga sambilan dengan mengambil tempahan daripada mereka yang berminat.

Gunakan platform media sosial untuk mempromosi­kan produk yang anda jumpa. Contohnya kraf tangan, kain, baju, aksesori dan sebagainya. Dari sini, anda boleh bajet berapa keuntungan mampu dijana termasuk kos penghantar­an dan sebagainya. Orang kata, sambil menyelam minum air.

Kalau anda mengembara dalam tempoh yang lama, tidak mustahil untuk cuba menjadi sukarelawa­n. Banyak laman web dan organisasi yang menerima pengembara untuk bekerja dengan mereka.

Walaupun ada menggunaka­n nama sukarelawa­n, tapi sebahagian­nya turut dibayar. Meskipun jumlahnya tidak banyak sekurang-kurangnya mampu menampung kos makan atau hiburan di tempat berkenaan. Menariknya, dengan menjadi sukarelawa­n, tempat tinggal dan makan selalunya disediakan. Jadi, anda tidak perlu lagi fikir mengenai hal itu.

Untuk mencuba, anda boleh rujuk beberapa laman web seperti HelpX, WWOOF, Peace Corps, GreenPeace, PeaceBoat, TrustedHou­seSitters dan HouseCarer­s.

 ??  ?? MENJADI sukarelawa­n antara yang boleh menjana wang dengan dibayar ‘host’.
MENJADI sukarelawa­n antara yang boleh menjana wang dengan dibayar ‘host’.
 ??  ?? MENULIS blog mampu menjana pendapatan selepas dan ketika mengembara.
MENULIS blog mampu menjana pendapatan selepas dan ketika mengembara.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia