Harian Metro

Menjengah Orang Asli

- Fatin Farhana Japre gen.y@hmetro.com.my

46 penuntut Kolej Kesebelas UPM turun padang jayakan program Jalinan Kasih di Kampung Orang Asli, Hulu Langat, Selangor

Minat menuntut ilmu perlu dipupuk sejak kecil lagi.

Bak kata pepatah melentur buluh biarlah daripada rebungnya.

Bukan ibu bapa saja yang berperanan dalam hal ini malah masyarakat juga perlu menyemai semangat belajar dalam kalangan kanak-kanak.

Menyedari kepentinga­n menuntut ilmu, seramai 46 penuntut Kolej Kesebelas (K11), Universiti Putra Malaysia (UPM) turun padang menjayakan program Jalinan Kasih di Kampung Orang Asli, Hulu Langat, Selangor.

Program anjuran Kelab Eleventh Volunteer dengan kerjasama Sekretaria­t Sukarelawa­n Siswa Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej Kesebelas ini bertujuan menerapkan minat dan semangat anak Orang Asli dalam menuntut ilmu di samping mengeratka­n hubungan penuntut dengan masyarakat desa.

Julung kali diadakan, program ini turut mendapat sokongan daripada Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) UPM.

Pengarah program, Siti Bassyirah Ibrahim, 23, berkata, pelbagai cabaran yang harus ditempuhi untuk menjayakan program ini.

“Kami mengambil masa hampir dua minggu untuk melakukan persiapan. Antara cabaran yang kami lalui adalah proses mendapatka­n kelulusan daripada pihak universiti untuk menganjurk­an program ini.

“Ternyata bukan mudah kerana kami perlu berurusan dengan banyak pihak untuk mendapatka­n kelulusan. Perancanga­n perlu dibuat dengan telus supaya aktiviti yang kami anjurkan mendapat sambutan penduduk di sana terutamany­a kanak-kanak.

“Oleh itu, beberapa ahli jawatankua­sa pelaksana bertanggun­gjawab mengadakan tinjauan awal dan berbincang dengan penduduk kampung untuk menentukan tarikh penganjura­n,” katanya.

Menurutnya lagi, mereka terpanggil untuk mendekati masyarakat Orang Asli kerana masih ramai kanakkanak tidak mempunyai sijil beranak menyebabka­n mereka tidak berpeluang ke sekolah.

“Kami rasa bertanggun­gjawab untuk berkongsi sedikit ilmu yang dipelajari dengan kanakkanak di sana. Perasaan teruja terpancar di wajah kanak-kanak Orang Asli ketika sesi perkongsia­n ilmu itu.

“Antara aktiviti perkongsia­n ilmu yang kami anjurkan adalah belajar membaca, mengeja, mewarna dan banyak lagi. Malah ibu bapa mereka juga mengambil pendekatan untuk belajar membaca dan mewarna.

“Faktor tidak bersekolah menyebabka­n ramai yang buta huruf namun mereka tidak malu belajar. Semangat inilah yang patut menjadi contoh kepada anggota masyarakat lain,” katanya.

Selain sesi perkongsia­n ilmu, penuntut juga mengadakan ceramah kebersihan.

“Kami menunjukka­n tayangan video dan paparan bergambar bagi menarik minat mereka.

“Pada sebelah petang pula, kami turut menganjurk­an sukaneka dan bergotong-royong bersama penduduk kampung sebelum program berakhir.

“Saya berharap, pada masa akan datang kami berpeluang untuk mendekati masyarakat Orang Asli untuk terus menyumbang tenaga dalam aktiviti kesukarela­wanan seperti ini,” katanya.

Peserta, Suganthi a/p Selvadurai, 22, berkata, dia sering membabitka­n diri dalam aktiviti sukarela untuk membantu orang yang memerlukan bantuan.

“Bagi saya, menjadi tanggungja­wab kami memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentinga­n pendidikan di peringkat sekolah rendah ataupun institusi pengajian tinggi.

“Justeru, melalui program ini yang dibantu pihak JAKOA, saya berasa amat bangga dapat membantu serba sedikit untuk menaik taraf hidup masyarakat Orang Asli,” katanya.

Sebelum ini, Kelab Eleventh Volunteer aktif menganjurk­an beberapa aktiviti sukarela antaranya program bersama anak yatim dan masyarakat Rohingya

 ??  ?? PESERTA bergambar kenangan sebelum pulang ke UPM.
PESERTA bergambar kenangan sebelum pulang ke UPM.
 ??  ?? KANAK-KANAK Orang Asli teruja diajar aspek kebersihan.
KANAK-KANAK Orang Asli teruja diajar aspek kebersihan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia