Harian Metro

Musibah MAKAN ubat tahan sakit BERPANJANG­AN

-

Sejak 2011, rutin harian Rosmarya Mahmood tidak pernah berubah. Tiga kali seminggu iaitu pada Selasa, Khamis dan Sabtu dia pasti berada di Pusat Hemodialis­is, Hospital Pusrawi untuk menjalani dialisis buah pinggang.

Pada kali pertama rawatan dilakukan, satu tiub plastik dipanggil kateter dimasukkan ke dalam urat lehernya disebabkan saluran darah fistula tidak cukup besar untuk melaluinya.

Beberapa minggu kemudian tiub itu dipindahka­n ke tangan bagi menyambung­kan arteri dengan urat di bawah kulit dan proses ini berjalan sehinggala­h sekarang.

Menceritak­an pengalaman melalui hemodialis­is, bagi Rosmarya, ia memberikan tekanan emosi. Ini disebabkan proses itu menyebabka­n dia muntah dan tiada selera makan. Namun lama-kelamaan apabila sudah terbiasa, badan semakin serasi dan mula memberikan tindak balas positif.

“Setiap minggu arwah suami menghantar dan mengambil saya untuk menjalani hemodialis­is.

Kini sejak setahun lalu tugas ini diambil alih anak sulung saya selepas suami meninggal dunia. Setiap rawatan memerlukan empat jam dan dalam tempoh ini, saya menonton televisyen, membaca atau tidur,” katanya.

Sebagai pesakit buah pinggang, Rosmarya perlu menjaga pemakanan terutama makanan tinggi protein. Air kosong juga dihadkan dalam jumlah tertentu saja bagi mengelak berlaku komplikasi yang tidak diingini.

Menceritak­an bagaimana boleh mengalami masalah buah pinggang, jelas ibu kepada tiga cahaya mata ini, sejak haid pertama pada usia belasan tahun dia mengalami senggugut yang teruk.

“Setiap kali haid, saya tidak berupaya menahan kesakitan sehingga terpaksa dibawa ke hospital. Akibatnya, doktor memberikan suntikan serta dibekalkan ubat tahan sakit. Jika tidak mengambiln­ya saya akan berguling-guling di rumah sehingga ada kala tidak boleh bangun. Selepas mengambil ubat penahan sakit barulah kesakitan berkuranga­n dan saya boleh melakukan tugasan seperti biasa termasuk ke sekolah,” katanya.

Perkara ini berlarutan sehinggala­h dia mendirikan rumah tangga dan ada kalanya dia terpaksa bergantung kepada ubat penahan sakit untuk melegakan kesakitan pada hari pertama haid. Namun wanita ini tidak sedar pengambila­n ubat tahan sakit selama bertahunta­hun itu memberi impak kepada kesihatann­ya kerana tiada sesiapa yang menjelaska­n perkara itu kepadanya.

Dia juga kurang bertanya kepada mereka yang lebih pakar dalam bidang perubatan. Sehinggala­h pada 2011 secara tiba-tiba kedua-belah kakinya bengkak.

“Sakit pada kedua-dua belah kaki menyebabka­n saya mendapatka­n rawatan di hospital. Selepas ujian darah, doktor mengesahka­n kedua-dua buah pinggang saya rosak dan saya perlu menjalani rawatan hemodialis­is. Pada mulanya saya sukar menerima kenyataan kerana saya sihat sebelum ini dan tidak pernah mengalami diabetes.

“Selepas dibuat analisis, doktor memberitah­u kerosakan buah pinggang berpunca daripada pengambila­n ubat tahan sakit dalam tempoh yang lama. Saya sangat terkejut kerana sebelum ini tidak mengetahui kesan pengambila­n ubat-ubatan ini.

“Namun suami banyak menenangka­n dan menasihati agar saya bersabar serta menurut semua saranan doktor. Sejak itu saya bersedia menjalani rawatan hemodialis­is,” katanya yang menetap di Kampung Baru.

Terpaksa bergantung dengan rawatan hemodialis seumur hidup, Rosmarya menasihati orang ramai terutama wanita supaya mengelak mengambil ubat penahan sakit dalam tempoh yang lama. Jaga kesihatan diri dengan menjalani pemeriksaa­n kesihatan berkala untuk mengetahui tahap kesihatan diri. Amalkan gaya hidup sihat dengan mengambil makanan berkhasiat dan bersenam untuk mengjaga kesihatan diri.

 ??  ?? Selepas dibuat analisis, doktor memberitah­u kerosakan buah pinggang berpunca daripada pengambila­n ubat tahan sakit dalam tempoh yang lama.
Saya sangat terkejut kerana sebelum ini tidak mengetahui kesan pengambila­n ubat-ubatan ini
Selepas dibuat analisis, doktor memberitah­u kerosakan buah pinggang berpunca daripada pengambila­n ubat tahan sakit dalam tempoh yang lama. Saya sangat terkejut kerana sebelum ini tidak mengetahui kesan pengambila­n ubat-ubatan ini

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia