Harian Metro

Susu ditapai jaga sistem pencernaan

-

Iskandar, Zizan Razak dan Siti Nordiana yang diapungkan ke udara menggunaka­n belon helium di eCurve, Mutiara Damansara.

Berucap dalam majlis pelancaran, Naib Presiden Pemasaran Etika Sdn Bhd, Santharuba­n T Sundaram berkata, Calpis sentiasa ingin memupuk kebaikan sosial di samping membantu orang ramai memahami kepentinga­n menjaga saluran pencernaan menerusi amalan gaya hidup sihat.

“Dengan kandungan polydextro­se iaitu sejenis serat diet, Calpis Fibre membantu meningkatk­an bifidobakt­eria usus dan mengekalka­n mikroflora usus yang baik. Polydextro­se juga sesuai untuk pesakit yang mengalami sindrom usus rengsa dan simptom sembelit,” katanya.

BADAN DIIKAT BELON HELIUM

Pada acara ini orang ramai teruja menyaksika­n kenaikan belon yang menggambar­kan badan terasa ‘ringan’ selepas mengambil rangkaian Calpis Fibre.

“Saya gembira dapat menyertai kempen

Calpis Fibre ini. Inilah kali pertama diangkat dengan belon helium dan ia satu pengalaman yang mengujakan. Saya rasa ia satu idea yang menarik untuk menggabung­kan elemen keseronoka­n sambil mendidik warga Malaysia mengenai kepentinga­n sistem pencernaan yang sihat dan bagaimana badan akan terasa ringan jika memiliki usus yang sihat,” kata Harith Iskandar.

Malah pelakon dan pelawak, Zizan Razak juga cukup teruja apabila badannya diikat dengan belon helium dan gembira dipilih untuk sama-sama meningkatk­an kesedaran masyarakat mengenai kesihatan usus.

Penyanyi Siti Nordiana juga turut berpendapa­t adalah penting menjaga kesihatan usus bagi mendapatka­n tubuh yang sihat.

“Sebagai penyanyi yang sering mengadakan persembaha­n, saya perlu memastikan sentiasa sihat. Calpis Fibre membantu saya mengekalka­n sistem pencernaan yang sihat.

Saya percaya pepatah anda adalah apa yang anda makan ada benarnya. Minuman kultur ini membekalka­n saya dengan serat diet yang membantu penghadama­n, sekali gus menjadikan saya terasa kurang sembap dan lebih ringan,” jelasnya.

Acara yang berlangsun­g menerusi ‘livestream’ Facebook Live turut memberi peluang kepada orang ramai menyertai peraduan meneka bilangan belon helium yang digunakan untuk mengangkat ketiga-tiga duta Calpis di media sosial. Pada penghujung livestream Facebook, 150 individu diberikan hadiah wang tunai berjumlah RM15,000.

Pada masa sama, jenama ini baru saja melancarka­n Cabaran Calpis Fibre-up selama sebulan. Peminat dicabar untuk berkongsi kebaikan Calpis Fibre dengan menggambar­kan bagaimana badan mereka terasa ‘ringan’ selepas mengambil produk ini melalui foto yang menunjukka­n aksi lagak ngeri fizikal atau mengujakan. Ia bukan saja memberikan peluang meluahkan kreativiti, malah turut menggandak­an ‘kebaikan di dalam Calpis’ dengan berkongsi keceriaan bersama rakan.

Pertanding­an ini menerima sebilangan besar penyertaan kreatif melalui platform Facebook dan Instagram. Semua 20 pemenang yang dipilih memaparkan imej melawan graviti iaitu ciri utama Calpis Fibre.

 ??  ?? ZIZAN Razak diangkat
menggunaka­n belon helium menerusi Cabaran
Calpis Fibre.
ZIZAN Razak diangkat menggunaka­n belon helium menerusi Cabaran Calpis Fibre.
 ??  ?? SANTHARUBA­N (dari kiri) bersama duta Calpis, Zizan Razak,
Harith Iskandar dan Siti Nordiana dalam majlis Cabaran Calpis Fibre.
SANTHARUBA­N (dari kiri) bersama duta Calpis, Zizan Razak, Harith Iskandar dan Siti Nordiana dalam majlis Cabaran Calpis Fibre.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia