Harian Metro

Otak lebih segar jika bersarapan

- Siti Zarinah Sahib sitizarina­h@hmetro.com.my

Jika ditanya mengenai sarapan, pasti ramai individu mengatakan mereka meninggalk­an sarapan disebabkan kesuntukan masa dan ada pula langsung tidak berminat menjamah makanan kerana sudah terbiasa dengan perut kosong setiap pagi.

Bersarapan selepas bangun tidur sebelum jam 10 pagi membuatkan badan dan otak lebih segar kerana tubuh menerima semua nutrien dan tenaga diperlukan untuk mendapatka­n prestasi optimum sepanjang hari.

Merujuk kepada Internatio­nal Food Informatio­n Council

2013, sarapan boleh meningkatk­an metabolism­e manakala pengambila­n sarapan sihat akan meningkatk­an metabolism­e dan membuatkan tubuh bekerja lebih keras selepas semalaman tanpa makanan.

Makanan popular seperti bijirin gandum dan roti, produk berasaskan susu dan buah-buahan membantu mengurangk­an risiko sindrom metabolik, sekali gus membantu badan mengawal tahap insulin.

Ini dijelaskan oleh

Cenzon (2011) yang menyatakan ketika tidur, metabolism badan cenderung untuk menjadi lebih perlahan dan rendah. Sarapan pagi yang sihat membolehka­n badan mula membakar kalori dari awal pagi dan membantu dalam pengawalan berat badan.

Menurut ahli Lembaga Penasihat Herbalife Nutrition, Dr Julian Alvarez, makanan pertama pada awal pagi sangat penting kerana ia menentukan perjalanan kesihatan pada hari itu.

Individu yang mengambil sarapan biasanya mempunyai tabiat makan sihat sepanjang hari dan ini menghasilk­an kesan positif terhadap keseluruha­n kesihatan, pengurusan berat badan yang lebih baik serta pencegahan penyakit kerana mereka memiliki nutrien diperlukan tubuh.

“Perlakuan tidak bersarapan dikaitkan dengan kualiti diet yang rendah, peningkata­n pengumpula­n lemak pusat dan faktor risiko kardio-metabolik. Ia juga menyebabka­n seseorang itu makan secara berlebihan beberapa kali sehari, berpotensi meningkatk­an tindak balas metabolik dan hormon, seterusnya mengurangk­an jumlah pengambila­n kalori pada hari itu.

“Jumlah kalori yang disyorkan bagi menyediaka­n sarapan seimbang adalah 15 peratus hingga 25 peratus daripada jumlah pengambila­n tenaga harian. Julat ini berbeza mengikut umur, jantina, keperluan tenaga harian dan gaya hidup seseorang,” katanya ketika berucap dalam kempen sarapan sihat anjuran Herbalife Nutrition di Wisma Herbalife, Jalan Raja Chulan, baru-baru ini.

Kempen ini diadakan bagi meningkatk­an kesedaran rakyat Malaysia terhadap isu obesiti di negara ini. Pada tahap obesiti yang tinggi, kesedaran mengenai pengambila­n makanan adalah penting bagi membantu memupuk tabiat makan yang lebih sihat dalam kalangan rakyat negara ini.

Tambah Dr Julian, setiap orang berhak membuat pilihan sama ada inginkan kehidupan berkualiti atau sebaliknya. Ia bergantung kepada diet seimbang yang diamalkan. Namun dengan perubahan cara hidup dan kepelbagai­an makanan yang boleh diambil sepanjang masa menyebabka­n individu makan apa saja tanpa menghirauk­an jenis makanan dan kandungan nutrisi di dalamnya.

“Apa yang orang ramai perlu tahu adalah bukan kekerapan makanan tetapi saiz hidangan. Misalnya dengan mengurangk­an karbohidra­t di dalam nasi dan mi dan melebihkan protein dan vitamin.

“Perkara ini dapat dilakukan dengan menukar pengambila­n makanan dalam sarapan dan anda mampu mengubah jenis makanan ketika makan tengah hari dan malam,” katanya yang menasihati individu agar menetapkan matlamat yang ingin dicapai terutama dalam perubahan amalan gaya hidup sihat.

Pengambila­n makanan tinggi protein sangat penting terutama untuk pengamal yang ingin menurunkan berat badan. Ia memberikan rasa kenyang yang lebih lama berbanding makanan kaya karbohidra­t dan lemak.

Selain itu, protein membantu dalam pembentuka­n otot yang diperlukan dalam pergerakan seharian. Protein yang diperlukan juga adalah berbeza bergantung kepada keperluan badan setiap individu.

“Untuk itu individu disarankan melebihkan makanan mengandung­i protein dan kurang karbohidra­t. Melalui cara ini tubuh akan dipaksa membakar timbunan lemak lalu diubah menjadi tenaga sehingga berat badan menurun dengan cepat.

“Namun ia bukan bererti menggantik­an karbohidra­t dengan protein sepenuhnya sebaliknya meningkatk­an makanan kaya protein yang biasanya di antara 10 hingga 20 peratus menjadi 30 hingga 40 peratus. Apabila dilakukan dengan betul ia akan memberikan nilai positif pada tubuh,” katanya yang menggalakk­an rakyat negara ini bersenam bagi mengelakka­n terjerumus ke dalam masalah kegemukan.

Menurut Pengurus

Besar Herbalife Nutrition Malaysia, Steven Chin, antara faktor lain yang turut menyumbang kepada obesiti di Malaysia ialah kurangnya pembabitan dalam aktiviti fizikal.

Pada zaman dahulu, banyak aktiviti fizikal seperti bermain bola sepak dan berbasikal dilakukan di kawasan perumahan. Bagaimanap­un, dengan perubahan gaya hidup dan pemakanan menyebabka­n corak pengambila­n makanan berubah. Ini menyebabka­n peningkata­n berat badan, sekali gus menyumbang kepada masalah kesihatan yang lain.

“Kecenderun­gan terhadap obesiti memang menggerunk­an. Justeru, marilah kita berusaha mengamalka­n tabiat makan yang betul terutamany­a ketika bersarapan.

Bersenam setiap hari juga sangat penting untuk mendapatka­n bentuk badan yang diinginkan,” katanya.

Sebagai sebahagian daripada kempen gaya hidup sihat, Herbalife Nutrition melancarka­n pek sarapan sihat Formula 1 Nutritious Mixed Soy Protein Drink, Herbal Aloe Concentrat­e Mix dan Tea Mix.

Pek ini menyediaka­n kombinasi yang ideal kerana Formula 1 Nutritious Mixed Soy Protein Drink yang berglisemi­k rendah merangkumi protein, serat dan karbohidra­t berkualiti untuk memulakan hari, sementara Herbal

Aloe Concentrat­e Mix membantu penyerapan nutrien serta menyokong sistem pencernaan yang sihat. Untuk kesihatan yang menyeluruh, Tea Mix yang mengandung­i kafein secara semula jadi berfungsi sebagai alternatif rendah kalori untuk memberikan rangsangan tenaga.

Makanan pertama pada

awal pagi sangat penting

kerana ia menentukan perjalanan kesihatan sepanjang hari Jumlah kalori yang disyorkan bagi menyediaka­n sarapan seimbang adalah 15 peratus hingga 25 peratus daripada jumlah pengambila­n tenaga harian

 ??  ?? LAKUKAN senaman setiap hari atau tiga kali seminggu.
LAKUKAN senaman setiap hari atau tiga kali seminggu.
 ??  ?? MAKANAN tinggi protein baik untuk tubuh.
MAKANAN tinggi protein baik untuk tubuh.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia