Harian Metro

Petunjuk deburan air

- Fardy@hmetro.com.my

Bintulu: Bunyi kuat percikan air sungai memberi petunjuk kehilangan seorang lelaki warga emas yang dipercayai terjatuh ke dalam sungai berhampira­n Rumah Panjang Resa di Sungai Mekapan, Jelapong Tabau, di sini, sejak Isnin lalu.

Dalam kejadian jam 7 malam itu, Pengabang Serai, 74, dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas mengutip dan menjual buah di Sekolah Kebangsaan Kuala Kebulu di sini, yang dihubungka­n menggunaka­n jalan air.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak Tiong Ling Hii berkata, berdasarka­n maklumat awal yang diterima, keluarga mangsa yang menetap berhampira­n sungai berkenaan terdengar bunyi kuat percikan air sungai di kawasan berkenaan.

Menurutnya, curiga dengan bunyi itu, beberapa ahli keluarga warga emas berkenaan kemudian bergegas ke sungai untuk meninjau bagi mendapatka­n kepastian.

“Ahli keluarga mangsa kemudian terkejut selepas hanya menemui perahu, namun warga emas berkenaan tiada di situ walaupun sudah dicari di kawasan berhampira­n.

“Usaha mencari mangsa diteruskan keluarga di kawasan berdekatan, tetapi terpaksa dihentikan kerana hujan dan hari yang semakin gelap,” katanya.

Tiong berkata, selepas usaha mencarinya gagal menemui sebarang petunjuk, keluargany­a membuat laporan di Balai Polis Tubau, di sini, pagi kelmarin.

Katanya, pasukan bomba kemudian menerima panggilan daripada Balai Polis Tabau sebelum sepasukan pegawai dan anggota dihantar ke lokasi menaiki bot dari Pekan Tabau.

“Perjalanan ke rumah panjang mangsa mengambil masa lebih satu jam dari Pekan Tabau sebelum operasi mencari dan menyelamat diteruskan di kawasan sungai berhampira­n,” katanya.

Hasrat seorang lelaki menjamu buah mangga tidak kesampaian apabila dia maut akibat terkena renjatan elektrik di Jalan Langkawit, Kampung Benoni, dekat sini, semalam. Dalam kejadian jam 1 tengah hari, mangsa Madius Kandurug, 53, cuba mengambil buah berkenaan dari sebuah pokok di halaman tempat kerjanya.

Bagaimanap­un, mangsa yang menggunaka­n batang besi dipercayai terkena kabel elektrik pada tiang bervoltan tinggi sebelum rebah dan tidak sedarkan diri.

Rakan mangsa yang enggan dikenali berkata, mangsa bekerja sebagai pemandu di syarikat kuari itu memberitah­u mereka dia mahu mengambil buah mangga ketika masa rehat.

Bagaimanap­un katanya, mereka hanya menyedari kejadian yang menimpa mangsa kira-kira sejam kemudian apabila mangsa tidak kembali ke pejabat tempat mereka bekerja.

“Selepas menyedari kehilangan­nya, kami cuba mencarinya di sekeliling tapak kuari sebelum menemuinya terbaring berhampira­n pokok mangga dan segera menghubung­i pihak berkuasa untuk bantuan segera,” katanya.

Sementara itu,

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia, Papar, Janil Jaya berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.13 petang daripada rakan sekerja mangsa.

Katanya, setibanya di lokasi, mangsa ditemui tidak sedarkan diri dan pemeriksaa­n pasukan perubatan mengesahka­n mangsa sudah meninggal dunia.

“Mangsa dipercayai terkena renjatan elektrik selepas cuba menjolok mangga itu menggunaka­n batang besi.

“Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

 ?? FOTO ?? MANGSA maut selepas terkena renjatan elektrik ketika mengambil buah mangga di halaman sebuah rumah di Jalan Langkawit, Kampung Benoni, di Papar
FOTO MANGSA maut selepas terkena renjatan elektrik ketika mengambil buah mangga di halaman sebuah rumah di Jalan Langkawit, Kampung Benoni, di Papar
 ??  ?? PASUKAN penyelamat menguruska­n mayat
Pengabang, yang terjatuh kedalam sungai berhampira­n Rumah Panjang Resa di Sungai
Mekapan, Jelapong Tabau, Bintulu.
PASUKAN penyelamat menguruska­n mayat Pengabang, yang terjatuh kedalam sungai berhampira­n Rumah Panjang Resa di Sungai Mekapan, Jelapong Tabau, Bintulu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia