Harian Metro

Kecewa cinta terlerai

 Lelaki amuk belasah teman wanita

- Ekhwan Haque Fazlul Haque ekhwan@hmetro.com.my

Akibat kecewa kerana cinta yang terlerai tidak dapat bersatu kembali, seorang remaja lelaki mengamuk sebelum membelasah teman wanitanya di Kampung Baru Kuala Baram, di sini, Ahad lalu. Dalam kejadian jam 8.40 malam, wanita berusia 18 tahun itu berada di rumahnya sebelum didatangi suspek yang berusia 19 tahun.

Timbalan Ketua Polis Daerah Limbang Deputi Superinten­dan Tega Bilong berkata, suspek kemudianny­a mengajak mangsa bertemu kerana mahu meneruskan semula hubungan cinta yang sudah putus.

Menurutnya, mangsa yang tidak curiga dengan permintaan suspek itu kemudian setuju bertemu dan mereka berbincang.

“Perbincang­an yang pada mulanya tenang kemudian bertukar tegang selepas mangsa enggan menerima suspek semula sebagai teman lelakinya selepas hubungan itu putus baru-baru ini.

“Keengganan mangsa itu menyebabka­n suspek yang pada mulanya tenang bertukar menjadi ganas dengan memukul pipi kiri, menarik rambut dan tangan wanita terbabit,” katanya.

Tega berkata, tidak hanya membelasah, suspek juga turut memecahkan telefon bimbit mangsa walaupun tindakanny­a itu cuba dihalang.

Katanya, selepas melepaskan kemarahann­ya, suspek kemudian bergegas meninggalk­an mangsa dalam keadaan kesakitan.

“Bimbang suspek kembali ke rumahnya dan mengulangi perbuatan sama menyebabka­n mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Limbang semalam (kelmarin).

“Akibat perbuatan suspek itu, mangsa mengalami kesakitan dan lebam di bahagian tangan serta pipi selain kerugian telefon bimbit yang rosak,” katanya.

Katanya, polis sudah mengenal pasti suspek dan usaha untuk mengesanny­a kini sedang giat dijalankan, manakala kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangk­an kecederaan.

Perbincang­an yang pada mulanya tenang kemudian bertukar tegang selepas mangsa enggan menerima suspek semula sebagai teman lelakinya selepas hubungan itu putus baru-baru ini”

Tega Bilong

 ??  ?? KESAN lebam pada tangan mangsa.
KESAN lebam pada tangan mangsa.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia