Harian Metro

Wajib pasang kamera pada baju elak rasuah

-

Kuching: Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri bercadang mewajibkan pegawai penguat kuasa kementeria­n, termasuk agensinya memasang peralatan kamera pada pakaian mereka bagi mengelak amalan rasuah ketika menjalanka­n tugas.

Menterinya Datuk Dr Sim Kui Hian berkata, pihaknya membuat cadangan itu selepas melihat keberkesan­an penggunaan kaedah sama yang diguna pakai polis di Lidong, Shenzhen di China ketika beliau melawat negara itu, baru-baru ini.

“Inilah masa hadapan, sama ada (kakitangan kementeria­n dan agensi) suka atau tidak, kami akan berusaha melaksanak­annya.

“Saya fikirkan, bahagian penguatkua­saan (kementeria­n dan agensi) dapat disediakan dengan semua kamera bagi peringkat permulaan, manakala pihak pengurusan akan dilaksanak­an secara berperingk­at,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Ikrar Bebas Rasuah Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan dan Agensinya di Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, semalam.

Seramai 555 kakitangan kementeria­n dan agensinya turut serta membaca dan menandatan­gani ikrar bebas rasuah di majlis berkenaan.

Agensi kementeria­n yang terbabit antaranya, Jabatan Pengairan dan Saliran Sarawak, Jabatan Pembetunga­n Sarawak dan Perbadanan Perumahan Sarawak (HDC).

Dr Sim berkata, kamera yang diletakkan di pakaian anggota terbabit dapat merakam pergerakan mereka ke mana sahaja ketika menjalanka­n tugas.

“Rakaman itu akan memudahkan pihak atasan menyiasat kakitangan terbabit sekiranya disyaki melakukan kesalahan berat, terutamany­a menerima rasuah,” katanya.

 ??  ?? KAKITANGAN berikrar pada Majlis Ikrar Bebas Rasuah Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan dan Agensinya semalam.
KAKITANGAN berikrar pada Majlis Ikrar Bebas Rasuah Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan dan Agensinya semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia