Harian Metro

22 projek pelaburan RM33.64b diluluskan

-

Kuching: Kerajaan negeri sudah meluluskan 22 projek pelaburan bernilai RM33.64 bilion di Koridor Tenaga Diperbahar­ui Sarawak (SCORE) sejak dilancarka­n pada 2008.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg berkata, projek pelaburan terbabit mewujudkan 17,093 peluang pekerjaan kepada penduduk negeri ini.

Menurut beliau, kerajaan negeri mengalu-alukan kemasukan tenaga kerja profesiona­l warga asing untuk menyumbang kepada pembanguna­n ekonomi negeri ini.

Katanya, pihaknya turut bercadang menggubal peraturan atau undang-undang bagi pengambila­n pekerja untuk tujuan itu.

“Kami akan meneliti peraturan berkaitan pengambila­n pekerja di negeri ini bagi menjadikan­nya lebih mudah bagi golongan profesiona­l warga asing datang bekerja dengan kita.

“Sarawak memiliki ekonomi kaya dengan sumber minyak. Sejak 1910, minyak menjadi sumber utama negeri, gas asli mula dieksploit­asi sepenuhnya sejak 1983, manakala tenaga hidro mula beroperasi pada 2011,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Minggu Tenaga Antarabang­sa Ke-4 (IEW) 2018, di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), Sejingkat di sini, kelmarin.

Dalam pada itu, Abang Johari menyaranka­n penduduk negeri ini melawat expo IEW 2018, terutama di tapak pameran Lembaga Pembanguna­n Koridor Wilayah (RECODA) untuk melihat semua pembanguna­n dan peluang yang terdapat dalam SCORE, khususnya berasaskan tenaga hidro.

“Ini kerana Sarawak mempunyai populasi penduduk kecil seramai 2.7 juta penduduk dan kita tidak ada tenaga buruh yang murah.

“Sebaliknya, kita akan memberikan lebih penekanan kepada tenaga kerja berkemahir­an tinggi bagi bekerja di industri SCORE,” katanya.

 ??  ?? JOHARI (empat dari kanan) ketika menyempurn­akan Internatio­nal Energy Week 2018 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching.
JOHARI (empat dari kanan) ketika menyempurn­akan Internatio­nal Energy Week 2018 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia