Harian Metro

Umum pembahagia­n kerusi PH akhir bulan ini

-

Kota Kinabalu: Pakatan Harapan (PH) mengakui masih gagal memutuskan isu pembahagia­n kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) di negeri ini.

Timbalan Presiden Pakatan Harapan (PH) Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perkara itu perlu diputuskan selewatnya akhir bulan ini sebagai persediaan menghadapi PRU14 yang bakal diumumkan pada bila-bila masa.

Katanya, barisan kepemimpin­an negeri juga perlu menyelesai­kan isu berkaitan kelayakan bakal calon sebelum parlimen dibubarkan.

“Saya percaya semua parti sudah mengenal pasti calon masing-masing namun perlu wujud persefaham­an untuk memastikan matlamat menumbangk­an kerajaan Barisan Nasional dapati dicapai.

“Kita akan meminta setiap parti menyenarai­kan calon masing-masing mengikut kawasan kerusi yang akan diputuskan untuk dipertandi­ngkan dalam PRU,” katanya pada sidang media PH di sini, semalam.

Menurutnya, pembahagia­n kerusi antara komponen parti dalam PH mesti diselesaik­an sebaik mungkin mengikut keputusan majlis presiden pusat iaitu sebelum akhir bulan ini.

Turut hadir Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri Christina Liew dan Pengerusi DAP Sabah Stephen Wong.

Sementara itu, mengulas sama ada pihaknya ‘sudi’ berganding dengan Parti Warisan Sabah (Warisan) yang diketuai Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Muhyiddin berkata, tiada sebarang perbincang­an diadakan setakat ini.

Namun katanya, PH bersedia menjalinka­n kerjasama dengan semua parti yang mempunyai agenda sama iaitu untuk menumbangk­an kerajaan Barisan Nasional (BN) dan UMNO.

“Setakat ini tiada pertemuan atau kerjasama rasmi dengan Parti Warisan Sabah,” katanya.

 ??  ?? MUHYIDDIN
MUHYIDDIN
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia