Harian Metro

Hospital jaga kebajikan veteran ATM

-

Kota Kinabalu: Hospital Veteran Tentera akan diwujudkan di negara ini untuk pesakit golongan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan warga tua.

Penglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affendi Raja Mohamed Noor berkata, projek perintis hospital berkenaan diwujudkan di Utara Semenanjun­g terlebih dahulu.

“Selepas projek perintis ini dilaksanak­an, beberapa tempat termasuk di Sabah dan Sarawak turut dibina.

“Ia bergantung berapa ramai kelompak yang ada di sesuatu kawasan dan kalau kelompok ramai, kita akan wujudkan hospital berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas program Sepetang Bersama Veteran ATM Sabah di sini, semalam.

Menurutnya, hospital veteran ini tertumpu bagi mengurus pesakit dalam kalangan veteran ATM dan warga tua.

“Jadi, saya berpegang untuk memberikan yang terbaik,” katanya.

Mengulas mengenai majlis berkenaan, Mohamed Affendi berkata, intipati program ini adalah meningkat kesatuan dan persatuan dalam kalangan veteran di negara ini.

“Asas yang kita gunakan adalah seorang tentera, selagi dia tentera yang masih bernyawa, kita harus berkerjasa­ma. Inilah yang kita lakukan iaitu menentukan keberadaan dan kewujudan serta ukhuwah dalam kalangan veteran sentiasa terpelihar­a.

“Oleh itu, kita terjemahka­n program ini melalui program sepetang,” katanya.

 ??  ?? RAJA Mohamed bersama pesara tentera pada Majlis Sepetang Bersama Veteran ATM Sabah, di Kota Kinabalu.
RAJA Mohamed bersama pesara tentera pada Majlis Sepetang Bersama Veteran ATM Sabah, di Kota Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia