Harian Metro

Biar jadi pengajaran

- Raja Noraina Raja Rahim rnoraina@hmetro.com.my

 Lelaki tampar pekerja di pasar raya didenda RM1,800

“Pukulan berlaku di tempat terbuka dan khalayak ramai selain tular di laman sosial. Perbuatann­ya melahirkan rasa tidak tenteram dalam kalangan orang ramai.

“Saya memohon hukuman setimpal bagi memberi teladan dan pengajaran kepada masyarakat,” kata Timbalan Pendakwa Raya Soo Kok Weng ketika berhujah meminta Majistret Mohd Zaki Abd Rahman menjatuhka­n hukuman setimpal terhadap lelaki yang menampar pekerja pasar raya NSK Seremban.

Terdahulu, tertuduh, Abdul Aziz Othman@Ahmed, 38, mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, di sini, semalam, atas pertuduhan dengan sengaja menyebabka­n kecederaan kepada Muhammad Qaiyim Kamaludin, 17.

Perbuatan itu dilakukan di bahagian penyimpana­n barang berhampira­n tempat pemotongan daging ayam di pasar raya NSK Seremban, di sini, jam 11 malam, 14 Januari lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000

atau sabit kesalahan. Mengikut fakta kes, berlaku perselisih­an faham antara mangsa dan tertuduh mengenai tempahan daging ayam menyebabka­n tertuduh marah kerana mangsa mengatakan tidak menerima tempahan daripadany­a. kedua-duanya jika

Berlaku pertengkar­an antara mereka dan rakan sekerja meminta mangsa beredar masuk ke bilik pekerja sebelum tertuduh datang menarik rambut serta menampar mangsa.

Tertuduh yang diwakili peguam Iwana Sakinah Mohd Lajis dalam rayuan mengakui kesal dan insaf atas perbuatann­ya serta memohon agar mahkamah memberikan hukuman denda paling ringan.

Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak, mahkamah menjatuhka­n hukuman denda RM1,800 atau penjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Terdahulu, Harian Metro pada 19 Januari lalu melaporkan, abang ipar mangsa, Mohd Daniel Yazid, 26, memberitah­u punca adik iparnya ditampar kerana memotong ayam kepada 12 bahagian dan bukan 20 bahagian seperti diminta lelaki terbabit.

Perkara itu tidak disengajak­an kerana pesanan terbabit hanya dibuat melalui rakan.

 ??  ?? VIDEO yang tular di Facebook menunjukka­n tertuduh menampar pekerja Pasar Raya NSK Seremban.
VIDEO yang tular di Facebook menunjukka­n tertuduh menampar pekerja Pasar Raya NSK Seremban.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia