Harian Metro

Cadangan gabung TM, Axiata dilihat positif

-

Kuala Lumpur: Cadangan penggabung­an antara Telekom Malaysia Berhad (TM) dan Axiata Group Berhad (Axiata) dilihat sebagai satu tindakan yang masuk akal untuk dilaksanak­an oleh dua syarikat gergasi telekomuni­kasi itu.

Bagaimanap­un, ia masih bergantung kepada pemegang saham untuk membuat keputusan mengenainy­a.

Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Michael Kuehner berkata, dua syarikat konglomera­t itu adalah gergasi telekomuni­kasi yang mengendali­kan jaringan serta rangkaian telekomuni­kasi yang sangat besar di Malaysia.

“Cadangan ini perlu dikekalkan kerana kami bayangkan ia berupaya untuk mewujudkan lebih banyak sinergi menerusi penggabung­an ini,” katanya ketika ditemui selepas majlis menandatan­gani memorandum persefaham­an (MoU) antara Celcom dan Malaysia Airlines Berhad (MAB) di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif MAB Kapten Izham Ismail.

Kerjasama antara Celcom dan MAB itu akan berkuatkua­sa mulai 1 Februari ini.

Michael berkata, penggabung­an antara Axiata-TM dilihat sebagai pelengkap kepada perkhidmat­an mudah alih Axiata yang akan diintegras­ikan dengan operasi talian tetap TM, membolehka­nnya mendapat bahagian pasaran daripada pemain industri seperti Maxis Bhd, Digi.com Bhd dan U Mobile, di samping mengiktira­f kenaikan pendapatan untuk keberkesan­an kos.

“Kerjasama antara Celcom dan MAB itu bakal memberikan manfaat signifikan dalam pelbagai bentuk bagi kedua-dua syarikat seperti ganjaran Enrich, diskaun tiket kapal terbang dan pelan perayauan antarabang­sa.

“Pelanggan Celcom dan MAB bakal menikmati pengalaman hebat melalui tawaran perkhidmat­an digital dan ganjaran serba inovatif, seterusnya memperkaya gaya hidup kembara mereka,” katanya.

 ?? Michael Kuehner ?? MICHAEL (kiri) bertukar dokumen dengan Izham pada majlis menandatan­gani MoU di Kuala Lumpur, semalam. Cadangan ini perlu dikekalkan kerana kami bayangkan ia berupaya untuk mewujudkan lebih banyak sinergi menerusi penggabung­an ini”
Michael Kuehner MICHAEL (kiri) bertukar dokumen dengan Izham pada majlis menandatan­gani MoU di Kuala Lumpur, semalam. Cadangan ini perlu dikekalkan kerana kami bayangkan ia berupaya untuk mewujudkan lebih banyak sinergi menerusi penggabung­an ini”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia