Harian Metro

FOR promosi lagu

- Ridzuan Abdul Rahman mohamadrid­zuan@ hmetro.com.my

Biarpun datang dari negeri berlainan, minat mendalam terhadap muzik menemukan Zack (vokal), Din (gitar), Khairuddin (bass), Muss (dram) dan Muhd Radhi (keyboard) yang dikenali sebagai kumpulan Famili Of Rock (FOR).

Pertemuan mereka ketika sesi ‘jamming’ bersama kumpulan berlainan di sebuah studio membulatka­n tekad masingmasi­ng untuk bergabung dalam FOR.

“Saya adalah anggota asal FOR yang ditubuhkan pada 2004 dan kami aktif menjayakan persembaha­n di karnival ekspo.

“Apabila ada anggota asal tarik diri, saya berusaha mencari pengganti dan hasilnya bertemu dengan ahli sekarang,” kata Din.

Menurut Zack, dia nampak mereka ada keserasian dan selepas itu FOR kembali beraksi di pelbagai lokasi.

Pada masa sama, FOR turut mengintai peluang menjadi artis rakaman dan usaha mereka membuahkan hasil apabila dilamar NSR Records pada 2014.

“Kami diberi peluang menghasilk­an album memuatkan lima lagu dan single pertama yang diperkenal­kan kepada peminat berjudul Siapalah Aku.

“FOR tampil dengan konsep muzik rock era 80-an dan 90-an serta beruntung kerana diberi peluang menerbitka­n sendiri album ini,” katanya.

Mereka turut gembira kerana NSR memberikan kebebasan mencorak sendiri muzik yang ditampilka­n.

“Secara tak langsung kami dapat menampilka­n lagu terbaik yang boleh memikat hati pendengar. Kami bersyukur kerana Siapalah Aku sering dimainkan di stesen radio RTM.

“Selepas itu, kami tampil dengan single kedua berjudul Ampuni Aku dan sekarang single terbaru, Pergimu Bersama Mimpi,” katanya.

Lagu mereka banyak menyentuh mengenai kehidupan, kasih sayang sesama manusia dan kritikan sosial.

Din berkata, dia tidak menganggap terlalu lambat menghasilk­an album kerana akur dengan situasi yang dihadapi FOR sebelum ini.

“Apa nak buat kerana sudah lumrah anggota keluar masuk. Zack asalnya penyanyi kumpulan Masa sebelum masuk FOR.

“Namun, semangat saya dan Muss sangat kuat untuk memperkena­lkan FOR dan kami puas hati kerana apa yang diimpikan akhirnya tercapai,” katanya.

Menyentuh mengenai persaingan, FOR berazam bekerja lebih keras mempromosi­kan lagu mereka.

“Kami akan gunakan segala medium yang ada termasuk bertemu peminat secara langsung di persembaha­n pentas serta menggunaka­n laman sosial untuk mempromosi FOR.

“Kami ikhlas dalam berkarya dan mungkin faktor ini dapat memikat peminat untuk terus menyokong FOR,” kata Din.

 ?? FOTO: ?? Kami akan gunakan segala medium termasuk bertemu peminat secara langsung di persembaha­n pentas serta guna laman sosial promosi FOR
FOTO: Kami akan gunakan segala medium termasuk bertemu peminat secara langsung di persembaha­n pentas serta guna laman sosial promosi FOR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia