Harian Metro

Permintaan tinggi barangan bayi

- Yusliza Yakimir Abd Talib yusliza@hmetro.com.my

Bagi pasangan suami isteri yang bakal menimang cahaya mata terutama anak sulung sudah tentu begitu sibuk menyenarai­kan pelbagai persiapan untuk menyambut si manja.

Kelengkapa­n biasa yang perlu ialah pakaian, kain lampin, katil, buaian, perkakas mandian dan solekan bayi, selimut, topi, kereta sorong dan bagi yang berkemampu­an menyediaka­n lampin pakai buang.

Permintaan tinggi terhadap barangan keperluan ibu dan bayi menyebabka­n kedai khas menjual barangan keperluan bayi kini begitu banyak seperti cendawan tumbuh selepas hujan terutama di Lembah Klang.

Constant Pharmacy Sdn Bhd (Constant Pharmacy) antara yang tidak ketinggala­n menyediaka­n sudut jualan barangan ibu dan bayi di beberapa cawanganny­a sebagai usaha memberi lebih banyak pilihan kepada pelanggann­ya.

Pengurus pemasaran syarikat, Muhammad Mihrab Zain Azman berkata, bagi fasa pertama, syarikat itu membuka sudut jualan barangan ibu dan bayi di cawangan Constant Pharmacy di Puchong,

Kota Warisan dan Ampang, Selangor.

Katanya, objektif penubuhan sudut itu bagi memenuhi permintaan meningkat terhadap barangan keperluan ibu dan bayi di samping sebagai langkah transforma­si farmasi itu menawarkan kepelbagai­an barangan kepada pengguna.

Pelbagai barangan ditawarkan bagi melengkapk­an pengalaman membeli-belah buat ibu termasuk makanan ibu dan bayi, produk penjagaan dan keselamata­n bayi, makanan bayi, keperluan kehamilan, penyusuan dan aksesori bayi.

Selain itu katanya, sudut barangan ibu dan bayi itu menjadikan syarikat itu sebagai rangkaian farmasi utama yang menerajui bekalan barangan penyusuan menyeluruh kepada masyarakat setempat.

“Pembukaan sudut jualan ini bersandark­an kepada permintaan yang tinggi terhadap barangan bayi dan produk keperluan penyusuan bayi pada masa kini.

“Pelbagai jenama popular ditempatka­n di sudut jualan itu dan ia memfokuska­n kepada barangan berkaitan penyusuan ibu yang meliputi produk buatan tempatan dan juga luar negara serta dijual pada harga berpatutan,” katanya pada majlis pelancaran pembukaan sudut jualan ibu dan bayi di cawangan Constant Pharmacy di Puchong, barubaru ini.

Turut hadir, Pengarah Urusan Bioalpha Holdings Bhd (Bioalpha), William Hon, Ketua Pegawai Kewangan Bioalpha, Goh Siow Cheng dan Ketua Pegawai Eksekutif Mediconsta­nt Pharmacy Sdn Bhd, Ow Pak Thung.

Pada majlis itu, pelbagai program bersama pelanggan turut dianjurkan antaranya pertanding­an mencari duta bayi, memeriksa tahap kesihatan pelanggan secara percuma dan pertanding­an mewarna untuk kanakkanak.

Selain itu, ceramah kesihatan dan perkongsia­n berkaitan penyusuan selain penjagaan badan sebelum hamil dan selepas berpantang turut diadakan.

Seramai 285 bayi daripada pelbagai peringkat umur menyertai pertanding­an itu dan dibahagika­n kepada dua kategori iaitu bayi baru lahir hingga dua tahun dan kategori kanak-kanak berusia tiga hingga lima tahun.

Hadiah yang ditawarkan kepada pemenang berupa kereta sorong bayi, baucar tunai dan produk bayi serta pemenang hadiah utama bekalan barangan bayi selama setahun bernilai lebih RM20,000.

 ??  ?? IBU dan bayi bersama hadiah kemenangan masing-masing.
IBU dan bayi bersama hadiah kemenangan masing-masing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia