Harian Metro

Curi cengkerang

 Lelaki Filipina dipenjara tiga tahun, denda RM60,000

- Norasikin Daineh dan Nasrawati Syarifuddi­n hmkk@hmetro.com.my

Seorang lelaki Filipina dihukum penjara tiga tahun dan denda RM60,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, selepas mengaku salah atas pertuduhan memiliki empat potong sisi cengkerang penyu hijau, di perairan Pulau Kerindinga­n Semporna, bulan lalu.

Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud menjatuhka­n hukuman itu terhadap Karan Dati, 31, dan memerintah­kan tertuduh dihukum penjara setahun lagi, jika gagal membayar denda itu.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa memiliki empat potong sisi cegkerang penyu spesies penyu hijau (Chelonia Mydas), di perairan Pulau Kerindinga­n, Semporna, jam 1.30 pagi, 14 Januari lalu.

Ia adalah haiwan dilindungi sepenuhnya yang disenaraik­an dalam Bahagian 1, Jadual 1 Enakmen Pemelihara­an Hidupan Liar 1997.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 41(1) Enakmen Pemelihara­an Hidupan Liar 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 41(4) enakmen sama.

Ia memperuntu­kkan hukuman denda maksimum RM250,000 dan penjara tidak lebih lima tahun jika sabit kesalahan.

Pada prosiding semalam, pendakwaan dikendalik­an Pegawai Pendakwa Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah, Abdul Karim Dakog, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Berdasarka­n fakta kes, anggota Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) Semporna memintas bot yang dinaiki tiga indiviu termasuk tertuduh. Mereka dipercayai menjalanka­n aktiviti menangkap penyu. Bagaimanap­un, seorang suspek berjaya melepaskan diri

Pemeriksaa­n lanjut di dalam bot itu mendapati peralatan yang disyaki digunakan untuk menangkap penyu dan empat potong sisi cengkerang penyu.

 ?? FOTO:
NASRAWATI SYARIFUDDI­N ?? KAKITANGAN JHL menunjukka­n empat potong sisi penyu hijau yang ditemui dalam bot dinaiki tertuduh.
FOTO: NASRAWATI SYARIFUDDI­N KAKITANGAN JHL menunjukka­n empat potong sisi penyu hijau yang ditemui dalam bot dinaiki tertuduh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia