Harian Metro

PELUK ERAT BEG SEKOLAH

Kanak-kanak perempuan ditemui rentung dekat pintu keluar rumah terbakar

- Fardy Bungga fardy@hmetro.com.my

“Dia (Siti Halaidah Abdullah, 7) seorang cucu yang rajin dan sangat suka pergi ke sekolah.

“Malah, dia sangat teruja memasuki Tahun Satu sehinggaka­n mayatnya ditemui dengan keadaan memeluk erat beg sekolah,” kata Mohd Azmi Raji, 51, datuk kepada Siti Halaidah, kanak-kanak perempuan yang rentung selepas rumah didiami 10 sekeluarga terbakar di Kampung Tembongon, Putatan, dekat sini, semalam.

Pada kejadian 3.30 pagi itu, mayat Siti Halaidah ditemui berhampira­n pintu keluar tingkat bawah rumahnya.

Ibu kanak-kanak itu, Siti Sarta Mohd Azmi, 26, juga melecur 50 peratus di bahagian badannya dan kini masih dirawat di Hospital Queen Elizabeth 1 (HQE 1) di sini.

Kebakaran turut memusnahka­n tiga lagi rumah bersebelah­an dengan rumah itu.

Menceritak­an kejadian, Mohd Azmi yang juga buruh binaan berkata, dia tersedar daripada tidur selepas terasa bahang panas.

Katanya, ketika itu, dia turut terdengar bunyi rekahan kayu dimamah api.

Menurutnya, sebaik membuka mata, dia melihat api membakar hampir keseluruha­n siling tingkat bawah rumahnya.

“Saya segera mengejutka­n isteri (Roslinda Mohd Ipang, 49), sebelum naik ke tingkat atas mengarahka­n tiga anak serta lima cucu kami supaya segera keluar dari rumah.

“Api terlalu besar. Saya terpaksa menahan bahang api kerana mahu menyiram air di pintu keluar untuk memudahkan anak dan cucu keluar ke tempat selamat,” katanya yang turut melecur di bahagian belakang badan,” katanya.

Lelaki itu berkata, dia baru sedar Siti Halaidah tidak bersama-sama ahli keluarga apabila mereka berjaya keluar dari rumah itu.

Katanya, dalam keadaan panik, mereka beberapa kali cuba masuk semula ke dalam rumah namun tidak berjaya kerana api terlalu besar.

Menurutnya, Siti Sarta kemudian nekad meredah api dan masuk dalam rumah yang terbakar untuk mencari Siti Halaidah.

“Bagaimanap­un, dia gagal menemui gagal anaknya itu kerana api sudah marak,” katanya.

Mohd Azmi berkata, dia amat sedih dengan kejadian itu memandangk­an Siti Halaidah amat rapat dengannya.

“Saya dan isteri yang menjaganya setiap hari apabila Siti Sarta bekerja sebagai pembantu kedai kraf di pusat bandar raya ini,” katanya sambil mengalirka­n air mata.

Menurutnya, mereka sudah kehilangan segala-galanya dan kini terpaksa menumpang di rumah ahli keluarga lain untuk meneruskan hidup mereka.

Difahamkan, mayat Siti Halaidah yang juga anak sulung daripada lima beradik dihantar ke HQE 1.

 ??  ?? KEADAAN rumah mangsa yang ranap selepas kebakaran.
KEADAAN rumah mangsa yang ranap selepas kebakaran.
 ??  ?? GAMBAR kenangan Siti Halaidah (dua dari kanan) bersama ibunya, Siti Sarta (baris belakang tengah) selepas majlis graduasi tadika tahun lalu.
GAMBAR kenangan Siti Halaidah (dua dari kanan) bersama ibunya, Siti Sarta (baris belakang tengah) selepas majlis graduasi tadika tahun lalu.
 ??  ?? SITI Halaidah
SITI Halaidah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia