Harian Metro

PENYIASAT ‘KAYA’ RM1J

- Kalidevi Mogan Kumarappa kalidevi@hmetro.com.my

Ahli perniagaan intip pergerakan isteri curang rugi pindah sementara duit, aset

Penyiasat persendiri­an yang diupah mengintip pergerakan isteri sebaliknya melarikan harta benda dan wang bernilai RM1 juta milik seorang ahli perniagaan.

Itu nasib malang dialami seorang ahli perniagaan berusia 40-an yang sebelum ini menggunaka­n khidmat suspek selepas mengesyaki isterinya curang.

Sumber berkata, mangsa sebelum ini berdepan masalah selain berselisih faham dengan pasanganny­a itu.

Menurutnya, mangsa mendapat tahu khidmat ditawarkan penyiasat peribadi berusia 53 tahun itu melalui rakannya.

“Suspek didakwa berpengala­man lima tahun dalam tugas penyiasata­n selain pernah bertugas sebagai pegawai pasukan keselamata­n.

“Pertemuan pertama antara suspek dan mangsa bermula pada Februari tahun lalu dan dalam pertemuan itu, suspek menunjukka­n kad namanya mewakili sebuah kelab pencegahan jenayah dan dadah selain menyatakan memiliki lesen penyiasat peribadi,” katanya.

Menurutnya, mangsa mengarahka­n suspek mengintip isterinya dan melaporkan setiap gerak geri mencurigak­an.

“Dalam laporan itu suspek mendakwa isteri mangsa merancang mahu merampas semua harta dan wang simpanan mangsa melalui proses penceraian.

“Suspek meminta mangsa memindahka­n duit dan aset mangsa kepadanya buat sementara waktu se hingga proses penceraian selesai,” katanya.

Malah difahamkan mangsa diarah menandatan­gani satu akaun berkanun terhadap semua aset dan wang diserahkan itu.

“Selepas menanti lebih enam bulan, mangsa bertanyaka­n status asetnya berikutan isteri belum memfailkan penceraian di pejabat agama.

“Sehingga ke hari ini, isteri mangsa tidak membuat permohonan bercerai dengannya seperti didakwa pegawai penyiasat itu,” katanya.

Selepas yakin dirinya tertipu, mangsa cuba menghubung­i suspek namun gagal malah lelaki itu sukar dikesan sehingga sekarang.

Mangsa yang kerugian RM1 juta membuat laporan di Balai Polis Brickfield­s di sini untuk tindakan lanjut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia