Harian Metro

‘KEKASIH’ UNTUK DISEWA

- Hafidzul Hilmi Mohd Noor hafidzul@hmetro.com.my

9 wanita pelayan pelanggan warga Filipina ditahan tawar ‘khidmat’ semurah RM50

Tawar gadis pinoy diimport khas dari Filipina sebagai teman wanita upahan dengan kadar bayaran

RM50.

Itu antara aktiviti maksiat dijalankan sebuah premis hiburan di Kelana Jaya sejak beberapa bulan lalu.

Kebanyakan gadis seksi warga asing itu dijadikan daya penarik untuk memastikan pelanggan menghabisk­an

semurah masa lebih lama di premis berkenaan.

Difahamkan premis itu pernah diserbu beberapa kali sebelum ini namun pemiliknya masih berdegil meneruskan operasi.

Bagaimanap­un, premis itu sekali lagi diserbu sepasukan anggota Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor jam 10 malam kelmarin.

Pegawai Turus D7 Selangor Deputi Superinten­dan Norhizam Bahaman berkata, seramai 14 individu ditahan atas kesalahan menyalahgu­nakan pas lawatan sosial dalam serbuan berkenaan.

“Selain itu seorang majikan dan dua pekerja turut ditahan bagi membantu siasatan polis.

“Seramai sembilan wanita warga Filipina ditahan selepas dipercayai berkhidmat sebagai pelayan pelanggan,” katanya.

Norhizam berkata, semua individu ditangkap dibawa ke Balai Polis Kelana Jaya untuk proses dokumentas­i dan tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 55b dan Seksyen 39 Akta Imigresen 1963,” katanya.

 ??  ?? ANTARA warga asing yang ditahan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Kelana Jaya, malam kelmarin.
ANTARA warga asing yang ditahan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Kelana Jaya, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia