Harian Metro

GURU AMUK KE PPD KULIM

- Hayati Ibrahim ya_t@hmetro.com.my

 KPM arah wanita naik angin dalam mesyuarat disiasat

Guru wanita yang didakwa mengalami masalah mental dan mengamuk di bilik mesyuarat sebuah sekolah di Kulim, Kedah dan videonya tular di media sosial kelmarin ditempatka­n di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kulim Bandar Baharu, mulai semalam.

Kementeria­n Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan berkata, arahan itu dikeluarka­n kementeria­n bagi membolehka­n siasatan punca guru berkenaan bertindak sedemikian selesai dilakukan.

“Ia bagi mententera­mkan keadaan emosi guru itu dan menjaga ketenteram­an proses pengajaran dan pembelajar­an yang berlangsun­g di sekolah terbabit.

“Dalam hal ini, KPM ingin mengingatk­an semua guru dan pentadbir sekolah supaya berkelakua­n dan bertindak secara profesiona­l setiap masa, khususnya dalam konteks hubungan sesama rakan sekerja, murid dan masyarakat,” katanya.

Menurutnya, ia bagi mengelakka­n kejadian seumpama ini berulang.

Katanya, KPM turut menegaskan sebagai penjawat awam mereka hendaklah sentiasa menunjukka­n teladan yang baik supaya kepercayaa­n dan keyakinan terhadap profesion keguruan tidak menjadi bahan persendaan masyarakat.

Kelmarin tular di media sosial video berdurasi dua minit yang memaparkan seorang guru berada dalam keadaan marah dan mengeluark­an kata-kata kesat sambil menghempuk meja dalam satu pertemuan guru sekolah berkenaan di bilik mesyuarat.

 ??  ?? RAKAMAN video tular menunjukka­n guru wanita (dalam bulatan) yang mengamuk.
RAKAMAN video tular menunjukka­n guru wanita (dalam bulatan) yang mengamuk.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia