Harian Metro

Solat sunat ba’diyah lebih afdal

- Sumber: Furu’ Al-Masa’il Wa Usul Al-Wasa’il oleh Maulana Al-Syeikh Daud Abdullah Al-Fathani dan disusun Datuk Abu Hasan Din Al-Hafiz.

Jika seseorang itu luput sunat Zuhur qabliyah dan ba’diyah yang muakkad dan tidak sempat mengerjaka­nnya sehingga habis waktu Zuhur, adakah dia boleh menghimpun­kan keempat-empat rakaat itu untuk mengqadany­a dalam waktu Asar? Atau dilakukan solat sunat yang ada waktu baginya iaitu solat sunat qabliyah Asar, yang mana lebih afdal?

Yang lebih afdal, kerjakan solat sunat Rawatib Zuhur empat rakaat yang muakkad secara qada daripada mengerjaka­n solat sunat Asar kerana solat sunat Rawatib bagi Zuhur itu adalah muakkad manakala solat sunat Asar tidak muakkad.

Mana yang lebih baik antara solat sunat Zuhur yang qabliyah atau ba’diyah?

Mengikut qaul yang rajih, solat sunat ba’diyah lebih afdal daripada qabliyah kerana solat yang qabliyah itu sebagai mendahului­nya. Manakala ba’diyah adalah mengikuti bagi yang fardunya.

Oleh itu, solat yang mengikuti bagi yang fardu perlu dilebihkan. Selain itu, ia amat dituntut syarak berbanding qabliyah sebelumnya.

Mengikut pendapat ibn al-Wardi, kedua-duanya sama martabatny­a.

Seseorang masuk dalam masjid, terasa dahaga dan terpandang bekas air minuman disediakan. Adakah dia boleh duduk untuk minum? Kalau berdiri makruh hukumnya. Apakah dengan duduk itu dikira luput bagi solat sunat tahiyatul masjid atau tidak?

Mengikut pendapat ulama, solat sunat tahiyatul masjid luput sekiranya seseorang yang masuk dalam masjid duduk dengan sengaja walaupun sebentar.

Ini bererti, jika seseorang hendak duduk sebelum dia mengerjaka­n solat sunat tahiyatul masjid, sama ada bertujuan untuk minum atau tujuan lain, maka jangan dia duduk dengan meletakkan punggung ke lantai, tetapi boleh duduk dengan kakinya masih berpijak di lantai namun jangan terlalu lama.

Cara sedemikian menyebabka­n dia masih boleh mengerjaka­n solat sunat tahiyatul masjid.

Sebaik seseorang itu masuk dalam masjid, belum sempat dia mengerjaka­n solat tahiyatul masjid, tiba-tiba muazin melaungkan azan. Bolehkah dia mengerjaka­n solat sunat tahiyatul masjid atau berdiri menunggu untuk menjawab seruan azan selepas itu baru solat tahiyatul masjid?

Dia dikehendak­i menunggu untuk menjawab azan. Apabila selesai azan, boleh dia mengerjaka­n solat sunat tahiyatul masjid kerana tidak luput sunat tahiyatul masjid dengan hanya berdiri, tetapi jangan terlalu lama pada uruf.

Seseorang masuk dalam masjid dan berdiri agak lama tanpa sebab dan tanpa melakukan apa-apa, adakah berdiri lama itu boleh meluputkan solat sunat tahiyatul masjid?

Apabila seseorang masuk dalam masjid dan berdiri lama tanpa sebab

(sekiranya lama pada uruf), maka luput solat sunat tahiyatul masjid baginya.

Begitu juga dengan sujud sahwi, akan luput dengan sendirinya selepas memberi salam dengan jarak masa yang agak lama pada uruf.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia