Harian Metro

BANTUAN MENCURAH

- Suraya Roslan suraya@hmetro.com.my

“Saya terharu dengan keprihatin­an rakyat Malaysia yang menghubung­i saya untuk membantu ayah selepas berita saya disiarkan Harian Metro, saya menerima ratusan mesej dan WhatsApp yang mahu bertanyaka­n khabar ayah,” kata Raden Muhamad Nafis Zaki, 27, anak sulung kepada R Zakariya R Abdul Hamid, 51, yang terlantar akibat kemalangan jalan raya sejak tiga tahun lalu.

Berita dan video mengenai adik bongsunya, Raden Nabil Zakiyudin R Zakariya, 11, atau mesra dipanggil Nabil yang melaungkan azan sebagai satu usaha menyembuhk­an bapanya menarik perhatian orang ramai yang mahu menyampaik­an bantuan kepada keluarga berkenaan.

Raden Muhamad Nafis Zaki atau mesra dengan panggilan Zaki berkata, selepas nombor telefonnya dipaparkan di akhbar ini, ramai pihak yang meminta nombor akaun dan mahu melakukan rawatan percuma untuk bapanya.

“Sejak itu, saya menerima ratusan mesej dan WhatsApp yang mahu membantu kami termasuk profesor dari Singapura dan India.

“Terima kasih kepada mereka yang mendoakan ayah saya dan berhasrat untuk melawatnya di rumah kami,” katanya.

Katanya, dia terharu dengan keprihatin­an semua yang mahu bapa sembuh seperti dulu dengan menawarkan rawatan akupuntur dan urutan saraf serta membantu kewangan mereka.

“Ada yang mahu menyumbang­kan lampin pakai buang dan peralatan perubatan untuk ayah. Saya menghargai semua sumbangan ini dan mengucapka­n terima kasih kepada semua,” katanya.

Semalam muka depan akhbar ini memaparkan kegigihan Nabil yang melaungkan azan setiap hari sebagai salah satu usaha untuk menyembuhk­an R Zakariya yang terlantar akibat kemalangan jalan raya di Petaling Jaya, sejak tiga tahun lalu.

Rutin harian itu dilakukan setiap kali Nabil pulang dan mahu ke sekolah tanpa gagal selama tiga tahun dengan harapan bapanya mampu bangun untuk menemaniny­a solat jemaah di masjid di depan rumah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia