Harian Metro

RM10,000 BINA MUZIUM

- Muhaamad Hafis Nawawi mhafis@hmetro.com.my

Tidak mahu generasi masa kini lupa dengan kehidupan masyarakat masa lalu menghasilk­an beras daripada padi membuatkan penduduk Kampung Bendang Raja di sini, mengambil inisiatif membina muzium mini padi.

Muzium yang mula beroperasi pada 2007 itu menempatka­n pelbagai peralatan pertanian tradisiona­l sehingga masa kini dan sering menjadi tumpuan pelancong termasuk pasangan pengantin yang ingin merakamkan gambar kenangan terindah mereka.

Pengerusi Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Kampung Bendang Raja Hambali Ahmad berkata, tercetusny­a pembinaan muzium berkenaan bermula apabila kampungnya memenangi Pertanding­an Keceriaan Kampung Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaa­n pada 2007 Peringkat Daerah Padang Terap.

Menurutnya, hasil kemenangan wang RM10,000 inilah yang digunakan untuk membeli bahan membina sebuah muzium mini padi yang menempatka­n pelbagai jenis barangan dan peralatan lama yang ada kaitan dengan industri penanaman padi.

“Tujuannya hanya memastikan generasi masa kini dan akan datang dapat melihat secara dekat dan menghayati kaedah serta kaitannya dengan kehidupan masa lalu mengenai industri yang sangat penting berkaitan makanan utama negara iaitu nasi yang dihasilkan melalui penanaman padi.

“Muzium ini dibina menerusi konsep gotong-royong oleh komuniti setempat sehingga ia disiapkan sebelum diisi dengan peralatan lama untuk tatapan pelawat hasil sumbangan penduduk,” katanya.

Hambali berkata, gabungan

bagi reka bentuk dan senibinany­a berasaskan konsep tradisiona­l dan moden dibuat bagi melahirkan ketenangan serta kedamaian buat pengunjung.

“Sejak ia dibuka secara percuma, ramai orang datang ke sini, malah menjadi tumpuan pada musim tertentu terutama ketika majlis kenduri kahwin apabila pasangan pengantin merakamkan detik indah mereka di sini.

“Selain itu, setiap barangan yang terdapat dalam muzium ini mempunyai kaitan dan pengertian tersendiri sama ada dari sudut sejarah, fungsi atau usianya,” katanya.

Kata beliau, pihaknya juga merancang aktiviti sepanjang tahun di situ bertujuan merapatkan hubungan antara

Penduduk bergotong-royong bina tempat simpan peralatan pertanian tradisiona­l

masyarakat dan menjadi acara tetap yang diadakan secara mingguan, bulanan, tahunan dan dwi tahunan.

“Antara aktiviti yang diadakan termasuk permainan wau selepas selesai musim menuai padi, program Jom Ngail Puyu dan lain-lain lagi.

“Muzium ini bukan milik sesiapa, tetapi ia milik semua penduduk Kampung Bendang Raja dalam usaha mengekalka­n warisan pusaka bangsa,” katanya.

 ??  ?? HAMBALI (kiri) bersama penduduk setempat di beranda Mini Muzium Kampung Bendang Raja.
HAMBALI (kiri) bersama penduduk setempat di beranda Mini Muzium Kampung Bendang Raja.
 ??  ?? PENDUDUK setempat melihat peralatan pertanian lama yang terdapat di Mini Muzium Kampung Bendang Raja.
PENDUDUK setempat melihat peralatan pertanian lama yang terdapat di Mini Muzium Kampung Bendang Raja.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia