Harian Metro

SUDAH HIDUP 200 JUTA TAHUN

- Suraya Roslan dan Rizanizam Abdul Hamid am@hmetro.com.my

Sebut saja mengenai haiwan spesies karnivor, umum pasti menggambar­kan binatang ganas, berkuku tajam dan bergigi taring memburu daging haiwan lain sebagai habuan makanannya.

Namun, haiwan karnivor atau pemakan daging yang dimaksudka­n di sini katak dan kodok atau Herpetofau­na iaitu kelompok fauna yang terdiri daripada amfibia dan reptilia.

Pensyarah Pusat Pengajian Sains Sekitaran dan Sumber Alam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Dr Norhayati Ahmad berkata, di Malaysia, terdapat 267 spesies katak dan kodok termasuk 13 spesies yang jarang dijumpai.

“Kumpulan haiwan kuno ini wujud sejak 200 juta tahun dahulu dan katak secara amnya, mempunyai kulit yang lembab dan licin, manakala kodok mempunyai kulit yang berkutil dan kering.

“Mengikut rekod, terdapat 267 spesies amfibia di Malaysia daripada lapan keluarga katak dan kodok iaitu Bufonidae (kodok), Ceratobatr­achidae, Dicrogloss­idae, Megophryid­ae, Microhylid­ae, Ranidae, Rhacophori­dae dan Ichthyopii­dae,” katanya.

Menurutnya, satu info menarik mengenai katak yang jarang diketahui umum ia pernah menjadi kegunaan penting dalam sejarah bidang perubatan negara ketika sebelum merdeka.

“Pada zaman dulu sekitar 1940 hingga 1960-an, katak terutamany­a daripada spesies African Clawed Frogs digunakan di hospital dan klinik kerajaan untuk memeriksa kehamilan wanita.

“Caranya dengan mengambil sampel air kencing ibu dan menyuntikn­ya pada katak terbabit dan jika ia mengeluark­an sperma, wanita terbabit disahkan mengandung.

Terdapat 267 spesies katak dan kodok termasuk 13 spesies jarang dijumpai di Malaysia

“Walaupun ia kedengaran pelik, itu realiti sehingga alat menguji kehamilan dicipta dan katak tidak lagi digunakan di klinik dan hospital kerajaan,” katanya.

Dr Norhayati berkata, dalam bidang perubatan kini katak masih menjadi penyumbang penting kepada manusia apabila menjadi penunjuk biologi yang baik terhadap alam sekitar.

Menurutnya, katak juga penghubung antara habitat akuatik dan darat kerana sifatnya yang boleh hidup di dua alam sama ada di dalam air mahupun di darat.

“Antara ciri petunjuk biologi yang baik adalah taburannya yang meluas, spesies yang banyak, mampu menyerap agen pencemaran dan mengumpul logam berat di dalam tisu badan.

“Dengan semua ciri yang ada pada katak, ia membantu manusia memberi amaran awal sekiranya berlaku pencemaran di dalam air dan punca pencemaran dapat dikenal pasti melalui logam berat yang diperolehi daripada tisu badan katak,” katanya.

 ?? Dr Norhayati
Ahmad ?? KATAK Padi Mulut Kecil. Caranya dengan mengambil sampel air kencing ibu dan menyuntikn­ya pada katak terbabit dan jika ia mengeluark­an sperma, wanita terbabit disahkan
mengandung”
KATAK Pokok Terbang Wallace.
KODOK Kecil Coklat
Dr Norhayati Ahmad KATAK Padi Mulut Kecil. Caranya dengan mengambil sampel air kencing ibu dan menyuntikn­ya pada katak terbabit dan jika ia mengeluark­an sperma, wanita terbabit disahkan mengandung” KATAK Pokok Terbang Wallace. KODOK Kecil Coklat
 ??  ?? KATAK Sungai Kepala Leper.
KATAK Sungai Kepala Leper.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia