Harian Metro

SALAH GUNA KUASA

- Fuad Hadinata Yaacob hadinata@hmetro.com.my

Dua beranak bersama pemilik syarikat direman SPRM tujuh hari

Timbalan Pengetua Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kuala Kubu Bharu bersama anak lelakinya berusia 24 tahun dan pemilik sebuah syarikat berusia 40 tahun direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung penyalahgu­naan kuasa mulai semalam sehingga Khamis depan.

Difahamkan, penahanan mereka bagi membantu siasatan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pemberian kerja pembekalan barangan keperluan pelajar kepada pihak berkepenti­ngan.

Perintah reman itu dikeluarka­n Majistret P Sarulatha, di sini, semalam.

Terdahulu, ketiga-tiganya ditahan kelmarin antara jam 4.30 petang hingga 7.30 malam ketika memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Sumber berkata, timbalan pengetua wanita berusia 48 tahun itu dipercayai menyalahgu­nakan kuasa dengan memberikan kerja pembekalan barangan keperluan pelajar berjumlah RM79,000 secara rundingan terus.

Katanya, suspek dipercayai melakukan perbuatan terbabit tanpa mengikut prosedur ditetapkan antara 2016 dan tahun lalu.

“Dia (wanita itu) dikesan memberikan kerja pembekalan berkenaan kepada anaknya melalui sebuah syarikat yang dimiliki rakan anaknya,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor Datuk Alias Salim ketika dihubungi berkata, pihaknya masih menjalanka­n siasatan lanjut terhadap suspek.

 ??  ?? TIGA individu dibawa ke mahkamah bagi mendapatka­n perintah reman di Mahkamah Majistret Shah Alam.
TIGA individu dibawa ke mahkamah bagi mendapatka­n perintah reman di Mahkamah Majistret Shah Alam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia