Harian Metro

TARIK BEG GUNA KAKI

- Mohd Hilmie Hussin mohdhilmie@hmetro.com.my

Pelancong warga China terkandas beg sandang dicuri dua lelaki

Seorang pelancong warga China terkandas di negeri ini apabila beg sandangnya yang mengandung­i pasport dicuri ketika singgah untuk makan di sebuah restoran terkemuka di Jalan Jonker di sini, Sabtu lalu.

Difahamkan, ketika kejadian restoran terbabit sesak dengan pelanggan sebelum dua lelaki dipercayai menggunaka­n peluang itu untuk melarikan barangan milik pelanggan yang leka menikmati hidangan.

Pengurus restoran terbabit Jenny Wong berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 11.25 pagi ketika mangsa berusia 30-an yang juga guru sekolah rendah di wilayah Guangzhou, China bersama empat rakan makan tengah hari di restoran itu.

Menurutnya, kejadian berlaku tidak disedari mangsa kerana berada di kaunter untuk membuat bayaran.

“Selepas membuat bayaran, suasana menjadi kecoh dan apabila mangsa memberitah­u beg sandangnya hilang lalu melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

“Hasil pemeriksaa­n pada CCTV mendapati dua lelaki berusia 40-an dalam keadaan mencurigak­an masuk ke restoran itu dengan berlagak sebagai pelanggan,” katanya.

Katanya, kedua-dua suspek dilihat menjadikan beg sandang milik mangsa sebagai sasaran.

“Keadaan dalam restoran ketika itu sesak namun kami dapat lihat beg sandang milik mangsa yang diletakkan di bawah kerusi ditarik menggunaka­n kaki oleh salah seorang lelaki terbabit.

“Kedua-dua lelaki terbabit kemudian berpura-pura sedang berbual menggunaka­n telefon bimbit, sebelum dengan selamba mengangkat beg sandang mangsa lalu beredar dari restoran,” katanya.

Menurutnya, dia kemudian memberikan salinan rakaman CCTV kejadian kepada mangsa sebelum wanita itu membuat laporan di Balai Polis Pelancong di Jalan Jonker pada jam 2 petang hari sama.

Katanya, mangsa terpaksa bergantung kepada rakannya yang lain berikutan telefon bimbit dan wang tunai dianggarka­n berjumlah RM1,864 di dalam beg sandng itu dilarikan dua lelaki terbabit.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad ketika dihubungi mengesahka­n pihaknya sudah menerima laporan polis yang dibuat mangsa.

 ??  ?? JENNY menunjukka­n rakaman CCTV merekodkan gelagat dua lelaki ketika melarikan beg sandang
pelancong China.
JENNY menunjukka­n rakaman CCTV merekodkan gelagat dua lelaki ketika melarikan beg sandang pelancong China.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia