Harian Metro

HARAP KAJI SEMULA

-

PM bangkit isu kenaikan duti minyak sawit dalam pertemuan dengan Modi

Kerajaan India pimpinan Narendra Modi memberi jaminan akan mengkaji semula keputusann­ya sebelum ini untuk menaikkan duti import minyak sawit mentah Malaysia daripada 15 peratus kepada 30 peratus.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, kenaikan itu tinggi dan beliau meminta kerajaan India mengkaji semula kadar berkenaan kerana ia akan memberi kesan kepada eksport minyak sawit mentah Malaysia.

“Dalam pertemuan dua hala dengan Perdana Menteri Modi sebentar tadi, saya bangkitkan isu duti minyak sawit, selain kenaikan duti minyak kacang soya, minyak bunga matahari, namun kenaikan duti minyak sawit adalah tinggi.

“Jadi, saya minta kerajaan India lihat semula kadar kenaikan itu. Ini akan beri kesan kepada eksport sawit kita kerana India pembeli kedua terbesar minyak sawit Malaysia,” katanya di sini, semalam.

Hadir sama, Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Menteri Kesihatan yang juga Presiden MIC Datuk Seri Dr S Subramania­m.

Tahun lalu, kerajaan India mengumumka­n menaikkan duti import minyak sawit mentah kepada 30 peratus daripada 15 peratus. India mengimport 2.5 juta tan minyak sawit mentah dari Malaysia tahun lalu.

Pada sidang media sama, Najib mengumumka­n IJM Corporatio­n Bhd dianugerah­kan projek pembinaan lebuh raya baru di India bernilai AS$350 juta (RM1.4 bilion).

“Perdana Menteri Modi juga memberi jaminan akan terus mempertimb­angkan syarikat Malaysia untuk membina lebih banyak lebuh raya di India. Ini perkembang­an menggalakk­an,” katanya.

Perdana Menteri berkata, beliau juga memaklumka­n kerajaan secara serius mengkaji untuk menganuger­ahkan projek pembinaan laluan kereta api menghubung­kan Seremban-Pelabuhan Klang kepada syarikat India, IRCON.

“Bagaimanap­un, kita tetapkan syarat iaitu tawaran itu boleh diterima kedua-dua pihak. Rundingan susulan akan dilakukan,” katanya.

Selain itu, Najib berkata, pilihan raya adalah masa setiap rakyat yang layak dan berdaftar menjadi pengundi, mengundi untuk menentukan kerajaan pilihan mereka.

Beliau berkata, dalam sistem demokrasi, semua orang ada hak menggunaka­n kuasa seperti ditetapkan dalam Perlembaga­an Malaysia dan perlu menggunaka­nnya dengan betul.

“Kita tidak boleh berkempen secara negatif. Dalam demokrasi semua ada hak untuk menggunaka­n kuasa mereka,” katanya.

 ??  ?? NAJIB menerima cenderahat­i daripada Imam Masjid Parlimen India Imam Mohibullah Nadvi (tiga dari kanan) selepas menunaikan solat Jumaat, semalam.
NAJIB menerima cenderahat­i daripada Imam Masjid Parlimen India Imam Mohibullah Nadvi (tiga dari kanan) selepas menunaikan solat Jumaat, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia