Harian Metro

Cedera dipukul belakang parang ‘NAK RASA MENEMBAK’

- Mohd Hafizee Mohd Arop hafizee@hmetro.com.my

Chukai: Seorang lelaki warga Indonesia cedera di kepala dan badan selepas dipukul menggunaka­n belakang parang dalam kejadian rompakan di sebuah rumah kongsi di Jalan Air Putih di sini, Selasa lalu. Kejadian dipercayai berlaku jam 3 pagi ketika mangsa bersama sembilan rakan serumahnya sedang tidur di rumah berkenaan sebelum dikejutkan dengan kehadiran empat lelaki tidak dikenali bersenjata­kan parang.

“Ini pengajaran kerana saya memang tidak tahu ia satu kesalahan dan sebelum ini saya banyak berlakon filem (aksi), jadi saya ingin rasa sendiri bagaimana menembak menggunaka­n senapang sebenar.

“Lepas ini saya akan lebih berhati-hati walaupun berlakon dalam filem polis atau tentera tetapi undang-undang perlu dijaga,” kata Hairul Azreen Idris, 30, yang ditemui selepas lebih dua jam memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah di sini.

Menurutnya, dia tidak menyangka video yang dirakam dua tahun lalu itu kembali tular tahun ini.

“Saya memohon maaf kepada semua pihak dengan tindakan itu dan akan menjadikan apa yang dilalui sebagai pengajaran dan tidak akan mengulangi kesalahan sama lagi,” katanya yang dibebaskan dengan jaminan polis selepas lebih dua jam memberi keterangan,” katanya.

Katanya, ketika kejadian pada Julai 2016, dia pulang ke kampung untuk memancing dan singgah ke rumah bapa saudara sebelum mencuba senapang berkenaan ketika bapa saudaranya itu menembak kera.

Terdahulu, Hairul Azreen hadir di IPD Perak Tengah di sini, jam 2.05 petang untuk memberikan keterangan berkaitan kes melepaskan tembakan tanpa lesen di belakang rumah bapa saudaranya di Kampung Parit Jerman, Sitiawan pada Julai 2016.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Perak Tengah Superinten­dan Mohamad Zainal Abdullah pada sidang media sebelum itu memaklumka­n siasatan polis dilakukan terhadap Hairul Azreen dan bapa saudaranya berusia 70 tahun membabitka­n kes melepaskan tembakan tanpa lesen.

“Bapa saudara Hairul bekerja sendiri sudah menjadi pemegang lesen senapang berkenaan sejak 40 tahun lalu.

“Polis merampas senapang patah berkenaan bersama 29 butir peluru dimiliki bapa saudaranya hingga siasatan selesai mengikut Seksyen 41, Seksyen 8 dan Seksyen 39, Akta Senjata 1960,” katanya.

Hairul mohon maaf selepas video guna senapang bapa saudara tular

 ??  ??
 ??  ?? HAIRUL Azreen hadir di IPD Perak Tengah.
HAIRUL Azreen hadir di IPD Perak Tengah.
 ??  ?? MOHAMAD Zainal menunjukka­n senapang patah jenis SK500 yang dirampas IPD Perak Tengah, Seri Iskandar.
MOHAMAD Zainal menunjukka­n senapang patah jenis SK500 yang dirampas IPD Perak Tengah, Seri Iskandar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia