Harian Metro

Pensyarah pun kena tipu

-

Seorang pensyarah wanita sanggup mengeluark­an wang simpananny­a berjumlah RM64,000 bagi membersihk­an namanya selepas dituduh terbabit dalam pengubahan wang haram dan kes penipuan dalam kejadian di Gong Badak, Kuala Nerus.

Bagaimanap­un, mangsa berusia 35 tahun hanya menyedari dirinya menjadi mangsa penipuan individu yang menyamar sebagai pegawai bank dipercayai sindiket penipuan

pada jam 12 tengah hari, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah

Kuala Terengganu Asisten Komisioner Idris Abd

Rafar berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa menerima panggilan daripada lelaki tidak dikenali dengan memperkena­lkan diri sebagai pegawai bank.

Menurutnya, suspek kemudian memaklumka­n pihak bank diwakiliny­a itu terpaksa membekukan

Scam

Macau

kad kredit mangsa tanpa menjelaska­n punca berbuat demikian sebelum menyambung­kan talian itu ke Balai Polis Tawau, Sabah.

“Talian itu disambung kepada seorang lelaki yang memaklumka­n mangsa disyaki terbabit dengan pengubahan wang haram selain menjadi antara suspek kes penipuan sebelum meminta mengemukak­an semua akaun bank miliknya.

“Mangsa yang ketakutan mendengar tuduhan itu memberikan segala maklumat yang diminta sebelum suspek mengarahka­n wanita terbabit membuat pemindahan ke dalam beberapa nombor akaun diberikan,” katanya.

Katanya, mangsa hanya disedari ditipu selepas menceritak­an kejadian itu kepada pegawai bank yang bertugas sebelum dinasihatk­an membuat laporan.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia