Harian Metro

‘KAMI NAK MAKAN APA?’

Peneroka hilang punca selepas pokok sawit ditebang

- Faliq Lajim am@hmetro.com.my

“Puas saya menangis mengenangk­an nasib kami yang hilang punca pendapatan, apa yang kami mahu makan selepas ini,” kata Sariat Kadot, 60, apabila tanah yang diterokain­ya sejak lebih 30 tahun lalu diambil semula oleh pihak tertentu.

Sariat antara kira-kira 50 peneroka Hutan Simpan Raja Musa membuat bantahan di Parit 6, Bestari Jaya di sini, semalam selepas pokok kelapa sawit yang ditanam di tanah terbabit ditebang tanpa notis.

Mereka mendakwa kerja penebangan itu dilakukan pada 17 Januari lalu menyebabka­n mereka hilang punca pendapatan.

Sariat berkata, pada mulanya tanah berkenaan diletakkan di bawah tanah kaveat milik kerajaan negeri sebelum dijadikan tanah milik persendiri­an yang dibeli oleh 21 pembeli wanita tidak dikenali.

“Selepas menjadi tanah milik persendiri­an pada 2016, ia kemudian dijual kepada enam syarikat berlainan, tetapi menggunaka­n alamat sama iaitu di Jalan Gombak, Kuala Lumpur pada tahun lalu.

“Kami sangat pelik dan mereka tebang pokok yang kami usahakan pun secara tiba-tiba. Selepas ditebang, saya tak tahu nak buat apa kerana sudah tiga tahun saya menjadi peneroka dan mengusahak­an tanaman kelapa sawit ini,” katanya.

Peneroka lain, Bakir Mat Juda, 84, berkata, tanah yang diteroka itu adalah satu-satu punca rezekinya walaupun pendapatan diterima tidak banyak.

“Itu (tanaman kelapa sawit) tempat kami mencari rezeki. Setiap dua minggu pak cik datang ke sini. Baru-baru ini, pak cik datang dan terkejut semua pokok sawit sudah ditebang,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Datuk Sulaiman Abdul Razak berkata, peneroka sudah mengemukak­an aduan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali serta pejabat daerah dan menunggu maklum balas daripada mereka.

 ??  ?? PENEROKA mengadakan bantahan aman terhadap penebangan pokok kelapa sawit yang diusahakan mereka di Hutan Simpan Raja Musa, Bestari Jaya.
PENEROKA mengadakan bantahan aman terhadap penebangan pokok kelapa sawit yang diusahakan mereka di Hutan Simpan Raja Musa, Bestari Jaya.
 ??  ?? SULAIMAN (kiri) bersama peneroka melihat pelan kawasan ladang ditebang.
SULAIMAN (kiri) bersama peneroka melihat pelan kawasan ladang ditebang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia