Harian Metro

Optimis capai sasaran jualan RM6 bilion

-

Kuala Lumpur: Eco World Group, pemaju hartanah terkemuka optimis mencapai sasaran jualan sebanyak RM6 bilion di bawah jenama Eco World bagi tahun kewangan 2018.

Ketua Pegawai Eksekutif Eco World Developmen­t Group Bhd (Eco World Malaysia) Datuk Chang Khim Wah berkata, RM3.5 bilion disumbangk­an oleh projek tempatan di bawah Eco World Malaysia manakala bakinya dari Eco World Internatio­nal Bhd.

“Walaupun pasaran berdepan situasi mencabar secara berterusan bukan saja di Malaysia, malah juga di United Kingdom (UK) dan Australia, kami optimis untuk mencapai sasaran itu.

“Ini berdasarka­n rekod pencapaian cemerlang bagi kedua-dua jenama di mana pasukan kami berjaya mengatasi pelbagai halangan untuk mencatatka­n jualan memberangs­angkan tahun ke tahun,” katanya di Invest Malaysia 2018, di sini.

Turut hadir, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Eco World Internatio­nal Datuk Teow Leong Seng.

Sehingga 31 Oktober 2017, jualan daripada projek di Malaysia, UK dan Australia mencecah RM21 bilion dengan jualan tahunan mencecah RM6 bilion bagi tiga tahun berturut-turut.

“Memasuki 2018, kami semakin kukuh apabila menjadi pemaju pertama membuat kemunculan di pasaran. Di Malaysia, Eco World memiliki 18 projek sedang dalam pembinaan dengan dua projek lagi akan dilancarka­n,” katanya.

Beliau berkata, Eco World Malaysia akan menyerahka­n kira-kira 10,000 unit hartanah kepada pelanggann­ya pada penghujung tahun 2018 dan ia dijangka meningkat sehingga 15,000 unit menjelang akhir 2019.

“Sejak tiga tahun lalu, Eco World Malaysia berjaya menarik lebih 2.8 juta pelawat ke galeri projek hartanah kami di seluruh negara,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai projek di luar negara, Teow berkata, Eco World merekodkan jualan kukuh di ketiga-tiga projeknya di UK iaitu London City Island, Embassy Gardens dan Wardian London, walaupun berdepan ketidakten­tuan Brexit.

“Bagi projek di Australia iaitu West Village di Parramatta hampir dijual sepenuhnya dan jualan di Yarra One, Melbourne dijangka meningkat selepas kerja pembinaan bermula,” katanya.

Mengulas mengenai usaha sama (JV) dengan pemaju Be Living, Teow berkata, ia dijangka mengukuhka­n lagi kehadirann­ya di pasaran antarabang­sa.

“Di sebalik mengukuhka­n pasaran kami di UK, kami akan menubuhkan pasukan pengurusan pembanguna­n sendiri dalam usaha menawarkan produk yang lebih pelbagai kepada pelanggan,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia