Harian Metro

LANCAR PROJEK RM2 BILION

SkyWorld bakal buka SkyMeridie­n, The Hub, Sky Awani 3, The Valleys

- Nabil Basaruddin nabil.basaruddin@hmetro.com.my

SkyWorld Developmen­t Group (SkyWorld), pemaju kediaman bertingkat di Kuala Lumpur bakal melancarka­n projek dengan nilai pembanguna­n kasar (GDV) RM2 bilion tahun ini.

Pengasas dan Pengarah Urusan Kumpulan SkyWorld Datuk Ng Thien Phing berkata, projek yang diperkenal­kan itu terdiri daripada pembanguna­n kediaman bertingkat tinggi, hab komersial serta baki fasa rumah mampu milik SkyAwani 3 yang diumumkan akhir tahun lalu.

Beliau berkata, SkyAwani 3 adalah projek perumahan mampu milik dengan GDV RM600 juta, manakala

The Hub adalah pejabat strata komersial yang dibina di Setapak. “Bagi SkyMeridie­n yang terletak di Bandar Sentul, projek kediaman mewah itu mempunyai 780 unit rumah dengan GDV RM497 juta dengan kos pembanguna­n kasar (GDC) RM420 juta.

“Projek seterusnya yang akan dilancarka­n tahun ini ialah The Valleys, projek kediaman dengan 1,309 unit di Setiawangs­a dengan GDV RM750 juta dan GDC RM650 juta.

“Kami juga merancang pembanguna­n kediaman mampu milik SkyAwani 4, bagaimanap­un projek itu hanya dilancarka­n pada 2019,” katanya.

SkyWorld adalah pemaju yang juga penyumbang terbesar kepada projek Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutua­n (RUMAWIP) dan siri rumah mampu miliknya, SkyAwani memenuhi piawaian Sistem Penilaian Kualiti Pembinaan (QLASSIC).

Ng berkata, meskipun sentimen pasaran yang perlahan bagi sektor hartanah negara khususnya kediaman bertingkat tinggi serta isu bekalan berlebihan, pihaknya yakin projeknya mendapat perhatian pembeli.

 ??  ?? NG (empat dari kiri) bersama Menteri Wilayah Persekutua­n Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (dua dari kanan) mendengar penerangan kakitangan SkyWorld.
NG (empat dari kiri) bersama Menteri Wilayah Persekutua­n Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (dua dari kanan) mendengar penerangan kakitangan SkyWorld.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia